Kawan, ape gune sahabat jika dikala kau kesusahan, dikala kau tidak tahu apa perlu dilakukan, dikala kau serabut dan dikala kau perlukan tempat untuk mengadu.
Aku di sini sebagai sahabat yang sanggup mendengar, memberi pertolongan dan apa jua yang engkau perlukan selagi aku terdaya.
Sabarlah akan dugaan dan cabaran hidup ini. Sesungguhnya, hanya orang yang terpilih sahaja yang akan diuji oleh Tuhan, dan jika engkau diuji, hadapilah ia dengan tenang. Hadapilah ia dengan jiwa yang matang.
Wahai kawanku,
Aku tahu kau banyak menempuh dugaan hidup. I can lend you my shoulder if you want to, anytime, just ask for it.
Biarlah mereka dengan apa yang mereka rasakan betul, biarkan mereka dengan dunia mereka yang tentunya sudah ditentukan oleh Tuhan, biarlah mereka dengan angan-angan dan niat mereka. Biarkan wahai kawanku. Ramai lagi yang boleh menjaga hati dan berkawan baik dengan kau.
Remember this,
Hard times don’t last forever,
But true friendships do
I’ll always be there
For anything you need
Even if it’s just someone to listen
Xoxo,
NajwaLatif
No comments:
Post a Comment