Yesss, akhirnya, dapat juga saya meluangkan masa dengan keluarga kerana telah sekian lamanya tidak pergi bercuti bersama keluarga kerana waktu cuti yang tidak sama. mana tak nya, adik sekolah menegah, saya dan abang belajar, sudah tentulah waktu cuti kami tidak sama kan? bila kami cuti, adik sekolah, bila adik baru mula cuti, kami pulak dah masuk belajar balik, mana nak dapat masa yang sesuai kan?
alhamdulillah, minggu nie, dapat jugak kami pergi bercuti sebab sekolah adik diberi cuti deepavali selama seminggu, kami pulak tengah cuti semester.
destinasi pilihan kami kali ini adalah Pulau Pangkor yang terletak di Perak. kami duduk di pulau tue selama 3hari 2 malam, malam pertama di resort yang lain dan malam kedua di sebuah resort lain. hehe buat pertama kalinya dapat rasa pengalaman snorkeling, hehe memang best lah, dapat keliling pulau dan paling penting dapat luang masa dengan keluarga. erm, rasa 3 hari tue macam sekejap je, banyak benda yang dapat dilakukan, berjalan-jalan sekitar resort, naik basikal pergi ke pantai, saya nie dah lama tak naik basikal, hari tue naik je, baru kayuh tua tiga meter, dah berpeluh-peluh, kaki mula lenguh, bukan dekat nak pergi pantai waktu kat resort pertama, aduh, sampai je pantai, lega rasa, semua rasa lenguh dan penat dah hilang sebab dapat jumpe pantai dan bayu laut yang sungguh menyegarkan. huhu
ok, lah, dah penat nie, tu lah sedikit sebanyak pengalaman percutian kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment