Saturday, 4 October 2014

Permulaan Oktober yang baik.






Bismillah.

Tak terlambat rasanya nak wish 'Welcome Beautiful October'. hehe
kesian blog ni, kalau aku rajin je aku datang.  kalau malas memang tak lah nak jenguk apatah lagi update post kan.  sebenarnya banyak benda nak diceritakan.  tapi sebab malas.  sebab bila dah log in je, tiba-tiba malas.  tak tahu nak cerita apa.  padahal sebelum tu idea menjunam junam masuk dalam otak. (lah sangat).

well, lets make it short.

October. has been good so far.  

Lepas sesi penamaan calon, temuduga, pembuangan undi sampai lah sesi watikah perlantikan berlangsung malam Khamis lepas, semuanya berjalan lancar.  Alhamdulillah..  Walaupun ape yang diorang tawarkan aku sejak semester lepas lagi aku tolak.  so, dorang letak je aku kat mana-mana exco.  hahaha actually, semester lepas pihak fakulti dah offer jadi Setiausaha Agong untuk fakulti punya persatuan.  dan aku dah pun melalui proses percubaan.  aku dengan sorang lagi calon.  nama entah tak ingat.  and end up bila masuk semester ni, tawaran tu tertakluk pada aku.

so, aku ada masa sampai sesi pembuangan undi hari tu tak silap minggu lepas sebelum majlis watikah perlantikan berlangsung untuk tukar fikiran sama ada terima atau tak tawaran tu.  akhirnya bila sesi temuduga, aku cakap aku tak kisah pasal dateline, meeting and semua kerja seorang setiusaha lah kan, tapi aku takut aku tak boleh perform.  maklumlah, semester ni banyak projek oiiii.  kang tak terkejar semua benda.

after semua proses sampai lah sesi watikah perlantikan tu, semua calon memang tak tahu langsung keputusan.  paling mendebarkan lah.  watikah perlantikan tu diadakan sekali dengan sesi induksi pelajar baru.  lagi lah debar.  akhirnya, aku dapat jadi exco kebajikan, pengaduan dan keselamatan.  haha terkejut lah jugak kan.  tak pasal-pasal dapat exco tu. okay lah tu. dapat belajar benda baru.

                                                                                ***

projek kelas semester ni buat aktiviti untuk budak semester 5 yang akan menduduki praktikal semester depan.  so kami buat aktiviti macam team building lah.  tapi dekat zoo melaka.  well, bukan pergi melawat haiwan eh.  ade lah aktiviti dia. temanya 'Expect The Unexpected'.  kami buat aktiviti ni bersesuaian dengan tema sebab bila mereka semua dekat luar buat praktikal, mereka tak boleh expect apa yang dorang belajar akan sama dengan apa yang dorang akan buat dekat dunia luar.  so that's why we came out with expect the unexpected and how they can manage to settle down those kind of thing if it happens to them.  

kiranya persediaan untuk dorang.  tak de lah nanti terkejut beruk bila keluar as executive, then kerja di luar bidang executive.  paham?  haha tak paham sudah.

nati lah buat entry pasal aktiviti tu.  aku dipilih untuk jadi penolong ketua projek untuk projek kali ini.  untuk projek fakulti pulak kena buat dinner untuk budak semester 5 jugak.  tapi yang ni tak meeting ajk lagi sebab baru lantik hari khamis hari tu kan. 

okay dah banyak bebel.  adios.

semoga bulan oktober akan lebih banyak kenangan indah.  Syukur. Amin. 

No comments:

Post a Comment