
Nervous
punya pasal sampai tak boleh tido ahad malam isnin tu sebab esoknya dah start
praktikal selama 4 bulan dekat SWCorp Malaysia, HQ dekat jalan pantai
bharu. Rasanya semua orang pun akan
nervous untuk first day intern kan??
Sama lah macam kawan-kawan kelas, riuh betul malam tu borak itu ini,
borang tak boleh download lagi lah, macam-macam. Aku tak bukak pun group whatsapp malam tu
sebab malas nak baca. Haha
Paginya
pukul6 dah bangun sebab nak keluar rumah awal takut sesak dekat depan
angkasapuri tu, tempat yang memang biasa jammed. En fazli adalah supervisor aku merupakan
penolong pengarah bahagian sumber manusia, dia jugak lah yang approved
application aku sepantas kilat. Hehe
So,
pukul 7.30 macam tu dah sampai tempat kerja, tunggu Hariz sebab dia cari
parking motor tak jumpa. Haha lepas tu, bagi lesen dekat kaunter untuk dapat
access card, sini semua pakai access card.
Naik office, receptionist pun tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu, tak
de orang entertain pun. Sedih. Last-last Hariz tanya sorang staf yang lalu
dekat situ, then dia kata En Fazli akan sampai kejap lagi. En Fazli suruh kami
tunggu sampai dua jam kot sebab dia busy meeting dengan konsultan. So tunggu lah sampai mengantuk. Akhirnya, masuk bilik En. Fazli, die briefing
apa semua then bagi work station masing-masing.
Second
time briefing pasal department, tadi dia tak bagi lagi sebab tak bincang lagi
dengan bos. Alhamdulillah kami berdua
dekat bahagian Sumber Manusia, which is my favorite department. Hehe
aku under section latihan, Hariz pulak dapat perkhidmatan. Lepas en fazli brief pasal section latihan,
macam seronok je, tapi kita tengok lah nanti sampai akhir nanti apa jadi ye.
So
far, tak ada kerja yang banyak, setakat buat draft sijil then present dekat en
Fazli, ikut jaga exam menaip untuk pengesahan perkhidmatan, tu je lah. Tak
banyak lagi kerja, tapi en Fazli ade mention hari tu pasal aku kena buat report
kursus kpi hujung bulan nanti. Huhuhu
Masa
yang tak de kerja tu, aku duk buat lah draft thesis dengan portfolio sebab
bosan sangat. Ada tanya kak Liza nak
buat kerja apa, dia cakap tak de lagi kan, so kite tunggu je lah. Malam semalam ada cakap dengan mak, malas nya
nak praktikal, staf semua macam akward gila tak ramah sangat first day tu. Then mak cakap, baru sehari, orang lain yang
kerja bertahun tu, boleh je tahan. Hahaa
then aku pun terfikir, penatnya nak kerja, kawin je lah. Hahaha
Second
day was better sebab dah tahu a bit psl office ni kan, tak de lah menonong je
jalan kan. Well, I hope tomorrow will be
better and the day after and after.
Pada
korang yang intern jugak tu, goodluck!
Take as much experiences as you can!
No comments:
Post a Comment