
Hi. Okay hari ni nak kongsi bahan perap bbq yang
dah siap semua rempah ratus tinggal nak panggang atau bakar je. Semestinya dari Giant. Hah tak pernah tahu kan? Meyh sini nak cerita sikit.
Minggu lepas, saya,
sepupu dan beberapa orang kawan sepupu ada melakukan sedikit aktiviti hujung
minggu di Ajlaa Village Resort, yang tu nanti kita cerita lain ye. Ni nak kongsi dulu bahan perap. Bila adanya aktiviti dekat hutan or dengan
sungai, mestilah kena ada sesi BBQ kan, baru lah best. So, saya ditugaskan untuk menyediakan makanan
untuk dipanggang atau bakar tu.
Jumaat malam pergilah ke
Giant Bandar kinrara untuk membeli bahan.
Mula-mula cari jugak sos perap yang ada dalam paket tu kan, tapi bila
masa nak pilih ayam, eh ternampaklah ayam dah perap. Bila tanya orang jaga tu, dia kata boleh buat
bbq sekali. So apa lagi, bincang dengan sepupu keputusan amik je yang dah siap
perap, senang dan mudah. Balik rumah
nanti tak perlu perap lagi.
Ni bahan lepas campur ayam, udang, sotong dan kambing.
Kami ambil ayam bahagian
dada, kepak dan peha sahaja. Ada dalam
20 ketul jugak lah tiga-tiga bahagian tu, ambil kuah perap lebih sikit sebab
nak campur udang dengan sotong nanti.
Lepas pilih udang dengan sotong, hah kambing pun dah siap perap jugak
taw. Kami ambil jugak kambing beberapa keping.
Lepas beli barang
makanan basah, pergi pulak cari makanan tambahan seperti sos, sayur untuk buat coleslaw,
kerepek, biskut, dan macam-macam lagi.
Balik rumah siang sotong dengan udang lepas tu campur je dengan ayam
tadi. Senang dan mudah. Tak yah ambil masa berjam-jam nak buat rempah
perap.
Okay kalau nak tahu,
bahan perap ni dekat bahagian mana, mestilah dekat bahagian yang jual ayam. Hihi
pergi je dekat bahagian tu confirm jumpa ayam dah siap perap. Rempah perap tu warna macam oren-oren sikit.
Jangan lupa, hidup
kita ni kalau dapat dimudahkan, lagi senang buat kerja kan? heh
No comments:
Post a Comment