Thursday 26 October 2017

CSR Program Bersama Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa




Hi. Bersempena CSR (Corporate Social Responsibility) dianjurkan oleh syarikat, kami semua sepakat memilih Rumah Titian Kasih, Titiwangsa sebagai tempat untuk kami mengadakan program.  Sehari sebelum program berlangsung, wakil pihak syarikat telah pun menghantar barang makanan basah dan kering untuk diberikan kepada mereka seperti Ayam, Ikan, Tepung, Kentang, Beras, Penyapu, Mop, Biskut, Cili, Makanan Frozen seperti Nugget, Sausage dan lain-lain barang keperluan harian.

Untuk pengetahuan semua, Rumah Titian Kasih ni bukan sahaja kanak-kanak, tetapi ibu tunggal pun ade juga menetap di sini untuk diberikan perlindungan dan tempat tinggal. 

Jadinya, selepas menyuarat dan persiapan dilakukan, tarikh 21 Oktober 2017 yang lepas kami melawat adik-adik di Rumah Tititan Kasih tersebut.  Kalau nak tahu, rumah tersebut dekat sangat dengan Tasik Titiwangsa.  Jalan kaki dalam 5 minit dah boleh sampai. 

Saya sampai dalam pukul 8.45 pagi sedangkan majlis dijangka bermua jam 9.00 pagi.  Seperti biasalah, kalau ada program mesti lah kena datang awal kan.  Sementara tunggu yang lain, saya masuk dulu berjumpa Mak Linda wakil kepada Puan Sharifah yang tidak dapat hadir pada hari itu.  Mak Linda ni macam penolong Puan Sharifah tu lah.

Lepas semua dah sampai, kami susun meja dulu untuk main sukaneka dan acara pembukaan nanti.  Adik-adik yang terlibat belum sampai sebab hostel mereka terletak di tempat lain tapi masih berdekatan Rumah Titian Kaseh.

Sejurus selepas adik-adik sampai, kami pun memulakan program dengan acara pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan dari Mak Linda dan Wakil syarikat kami.  Saya pulak ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada hari tersebut. 



Selepas acara pembukaan, program dimulakan dengan acara senamrobik juga dari pihak syarikat sebelum acara sukaneka dijalankan.





Acara sukaneka bermula dengan acara bawa bola pingpong dalam sudu dan acara kedua kaki diikat dan berjalan bersama-sama ke garisan penamat.

Selepas acara sukaneka berakhir, mereka semua berehat sebentar sebelum acara penutup dan penyampaian cenderhati kepada semua adik-adik tersebut.









Sesi bergambar dan bersurai. 

Kami terus ke Setapak Mall untuk menikmati makanan tengahri juga ditaja oleh pihak syarikat.

Akhir sekali, terima kasih adik-adik yang sporting dan pihak syarikat. 



Kalau berminat boleh lah hubungi:

alamat:

Rumah Titian Kasih, Titiwangsa
No 15, Jalan Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur. 

Puan Linda - 012 9916 081
Rumah - 03 4023 5769
Puan Sharifah - 019 645 5769 

No comments:

Post a Comment