Tuesday 7 November 2017

Bahan Perap BBQ Ready Made by Giant



Hi.  Okay hari ni nak kongsi bahan perap bbq yang dah siap semua rempah ratus tinggal nak panggang atau bakar je.  Semestinya dari Giant.  Hah tak pernah tahu kan?  Meyh sini nak cerita sikit.

Minggu lepas, saya, sepupu dan beberapa orang kawan sepupu ada melakukan sedikit aktiviti hujung minggu di Ajlaa Village Resort, yang tu nanti kita cerita lain ye.  Ni nak kongsi dulu bahan perap.  Bila adanya aktiviti dekat hutan or dengan sungai, mestilah kena ada sesi BBQ kan, baru lah best.  So, saya ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk dipanggang atau bakar tu.

Jumaat malam pergilah ke Giant Bandar kinrara untuk membeli bahan.  Mula-mula cari jugak sos perap yang ada dalam paket tu kan, tapi bila masa nak pilih ayam, eh ternampaklah ayam dah perap.  Bila tanya orang jaga tu, dia kata boleh buat bbq sekali. So apa lagi, bincang dengan sepupu keputusan amik je yang dah siap perap, senang dan mudah.  Balik rumah nanti tak perlu perap lagi.




Ni bahan lepas campur ayam, udang, sotong dan kambing. 


Kami ambil ayam bahagian dada, kepak dan peha sahaja.  Ada dalam 20 ketul jugak lah tiga-tiga bahagian tu, ambil kuah perap lebih sikit sebab nak campur udang dengan sotong nanti.  Lepas pilih udang dengan sotong, hah kambing pun dah siap perap jugak taw. Kami ambil jugak kambing beberapa keping.

Lepas beli barang makanan basah, pergi pulak cari makanan tambahan seperti sos, sayur untuk buat coleslaw, kerepek, biskut, dan macam-macam lagi.  Balik rumah siang sotong dengan udang lepas tu campur je dengan ayam tadi.  Senang dan mudah.  Tak yah ambil masa berjam-jam nak buat rempah perap.

Okay kalau nak tahu, bahan perap ni dekat bahagian mana, mestilah dekat bahagian yang jual ayam. Hihi pergi je dekat bahagian tu confirm jumpa ayam dah siap perap.  Rempah perap tu warna macam oren-oren sikit.




Jangan lupa, hidup kita ni kalau dapat dimudahkan, lagi senang buat kerja kan? heh



No comments:

Post a Comment