Bismillah. sejak dua menjak kembali single ni, rasa macam malas je nak berkenalan dengan orang yang baru kita kenal. malas lah nak mulakan, tanya nama, umur, stay mana segala benda lah macam kita baru kenal orang lain.
mungkin buat masa ni aku selesa berkawan dengan orang yang memang dah kenal aku. so tak perlu lah nak intro bagai macam budak sekolah dekat twitter, asal ada follower baru je, nak intro, macam sangat budak sekolah. untuk pengetahuan adik-adik, kami tak berminat nak intro bagai. lepas dah tahu umur, mulah lah budak-budak tu nak sentap bagai, sebab nak intro ingat yang dia follow tu budak sekolah macam dia. kesian... hahaa
ada ramai kawan baru, tapi aku tak layan sangat. kadang-kadang bila kenal orang baru ni, macam menyampah pun ada jugak. nak kena bagi tahu semua pasal kita lah, nak kenal dia lagi. aishhhh, sangat melecehkan okay.. tak sanggup iollls nak berdepan situasi macam tu.
aku tak pernah serik nak bercinta lagi. tapi bukan buat masa sekarang. ye sekarang ni pun tengah mengenal hati budi seseorang. tapi tak boleh nak cakap lebih lah, kang tak jadi macam situasi dulu, sendiri yang malu. biarlah berkawan rapat, kenal masing-masing dulu. nak bercinta tu boleh, tapi tak nak lah ada ikatan couple ke ape ke. biar je jadi kawan rapat. cewahhhh.. artis sekarang kan pakai isitilah macam tu, kawan rapat, padahal sah-sah bercinta dan bercouple. macam iolls tak tahu. hahaha
aku mahu teman. yang tahu bila aku marah. bila aku sedih. bila aku gembira. tempat di mana aku boleh luah segalanya. sakit aku. sihat aku. bahagia aku. teman yang sentiasa ada saat susah senang aku. susah senang dia. yang terima aku seadanya.
No comments:
Post a Comment