Tuesday, 1 September 2015

Short Trip ke Bukit Tinggi dan Genting Highlands Part 1






Bismillah.  Alhamdulillah semalam negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-58.  Semoga Malaysia terus maju dan aman.


Nora Lodge


Jadinya, hari Sabtu dan Ahad lepas kami satu family pergilah bercuti ke Bukit Tinggi dan Genting Highlands sekali.  Cadangnya nak pergi Ipoh naik keretapi, tapi bila check google ada apa kat Ipoh, macam tak de tempat menarik je, so lain kali kot pergi Ipoh.

Since aku tak buat apa kan, khamis malam tu dah start search hotel dekat Bukit Tinggi, dalam hati pikir mesti banyak penuh ni sebab cuti kan, lagi pun kami plan last minit.  sebenarnya mak ade tanya nak pergi mana, terus aku cakap Bukit Tinggi sebab tak pernah pergi lagi kan.

search punya search semua hotel full. huhu  pagi jumaat tu, cuba lah call Nora Lodge dekat Bukit Tinggi kot kot lah ade kosong kan, tapi encik Ibrahim kata full.  hampa.  so aku decide nak pergi wedding kawan je sabtu tu.

tiba-tiba tengah syok tido pagi sabtu tu, dapat call dari en ibrahim kata ade bilik satu kosong sebab ade orang cancel.  Alhamdulillah terus tanya mak and setuju.  kelam kabut jugak lah kemas rumah dulu kemas beg before pergi sana kan.  bilik yang kami duduk tu harga rm200 satu malam sebab tu yang tinggal, amik je lah. ade yang murah rm90, tapi fully booked.  walaupun harga rm90, waktu aku gi bayar tu sempat jugak lah usha tengok rumah tu kan, just nice. cuma toiletnya di luar.  tapi tak de lah jauh sangat, sebelah bilik je cuma bahagian luar macam toilet kat kampung tu. 

Alhamdulillah jugak, tak susah nak jumpa Nora Lodge tu sebab aku memang dari tahun lepas duk baca pasal bukit tinggi ni dekat blog-blog.  en ibrahim pun ade bagi direction.  tapi nak masuk Nora Lodge ni korang kena banyak sabar sikit lah ye, sebab jalannya bukit dan tak rata.  biase lah tanah tinggi kan.  

dah sampai, bayar terus tengok-tengok kawasan sekitar.  seronok gila. permandangan best. nati korang tengok gambar eh.  lepas asar, kami pergi naik Genting Highlands pulak sebab nak naik bukit tinggi esok pagi.

Dah lama jugak tak naik Genting, last naik pun dulu dengan kekasih hati. hahaha ni kali ketiga rasanya.  abang cakap theme park dah tutup sebab die nak buat disneyland pulak. so kami naik just jalan-jalan amik gambar je.  makan dekat mcd then lepas isyak turun dah.  nak turun tu biasalah mencabar jugak.  so nati sambung part 2 pulak ye. 

ni bilik kami ade satu katil single, ade satu king.  kami mintak tilam lebih satu.

deretan chalet dekat Nora Lodge.  ni lah bilik yang harga rm90 tu. 


pemandangan dari atas Nora Lodge

masih di Nora Lodge

dekat Genting, adik menggigil sebab sejuk

cuaca dekat genting masih seperti dulu, sejuk dan berangin.  dorang sombong tak nak bawak sweater, kan dah gigil, abah pun tak tahan.  maaf lah gambar tak boleh upload banyak sebab tak transfer lagi. ni pun hantar gambar dari phone ke email, then download dari email dekat laptop. hahaha 


No comments:

Post a Comment