
Hi. Bersempena CSR (Corporate
Social Responsibility) dianjurkan oleh syarikat, kami semua sepakat memilih
Rumah Titian Kasih, Titiwangsa sebagai tempat untuk kami mengadakan program. Sehari sebelum program berlangsung, wakil
pihak syarikat telah pun menghantar barang makanan basah dan kering untuk
diberikan kepada mereka seperti Ayam, Ikan, Tepung, Kentang, Beras, Penyapu,
Mop, Biskut, Cili, Makanan Frozen seperti Nugget, Sausage dan lain-lain barang
keperluan harian.
Untuk pengetahuan semua, Rumah
Titian Kasih ni bukan sahaja kanak-kanak, tetapi ibu tunggal pun ade juga
menetap di sini untuk diberikan perlindungan dan tempat tinggal.
Jadinya, selepas menyuarat dan
persiapan dilakukan, tarikh 21 Oktober 2017 yang lepas kami melawat adik-adik
di Rumah Tititan Kasih tersebut. Kalau
nak tahu, rumah tersebut dekat sangat dengan Tasik Titiwangsa. Jalan kaki dalam 5 minit dah boleh sampai.
Saya sampai dalam pukul 8.45 pagi
sedangkan majlis dijangka bermua jam 9.00 pagi. Seperti biasalah, kalau ada program mesti lah
kena datang awal kan. Sementara tunggu
yang lain, saya masuk dulu berjumpa Mak Linda wakil kepada Puan Sharifah yang
tidak dapat hadir pada hari itu. Mak
Linda ni macam penolong Puan Sharifah tu lah.
Lepas semua dah sampai, kami
susun meja dulu untuk main sukaneka dan acara pembukaan nanti. Adik-adik yang terlibat belum sampai sebab
hostel mereka terletak di tempat lain tapi masih berdekatan Rumah Titian Kaseh.
Sejurus selepas adik-adik sampai,
kami pun memulakan program dengan acara pembukaan majlis dimulakan dengan
ucapan dari Mak Linda dan Wakil syarikat kami. Saya pulak ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada hari tersebut.
Selepas acara pembukaan, program
dimulakan dengan acara senamrobik juga dari pihak syarikat sebelum acara
sukaneka dijalankan.
Acara sukaneka bermula dengan
acara bawa bola pingpong dalam sudu dan acara kedua kaki diikat dan berjalan
bersama-sama ke garisan penamat.
Selepas acara sukaneka berakhir,
mereka semua berehat sebentar sebelum acara penutup dan penyampaian cenderhati
kepada semua adik-adik tersebut.
Sesi bergambar dan bersurai.
Kami terus ke Setapak Mall untuk
menikmati makanan tengahri juga ditaja oleh pihak syarikat.
Akhir sekali, terima kasih
adik-adik yang sporting dan pihak syarikat.
Kalau berminat boleh lah hubungi:
alamat:
Rumah Titian Kasih, Titiwangsa
No 15, Jalan Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur.
Puan Linda - 012 9916 081
Rumah - 03 4023 5769
Puan Sharifah - 019 645 5769
No comments:
Post a Comment