
- Semua rangka pembinaan adalah daripada buluh.
- Tandas, Bilik Mandi, Surau
- Dewan berbumbung dan open air
- Tempat makan
- Aktiviti ATV, Volleyball, Beach Futsal, Flying Fox, Abseiling, dan banyak lagi
- Live Performance Stage
- Kemudahan makanan dan tempat makan
Kalau korang ada naik ATV, nanti korang akan lalui jalan batu kapur. Mula-mula dia akan bawak korang dekat trail yang dah siap, lepastu baru korang akan dibawak masuk ke jalan batu kapur. Tujuannya untuk biasakan korang yang tak pernah bawak ATV tu untuk biasakan jalan dulu. Pendapat saya, jalan dekat dalam lagi mencabar dari kat laluan batu kapur tu. First time jugak saya cuba bawak ATV, okay lah. Seronok. Mungkin sebab jalan tak mencabar sangat kot.
Oh ye, harga untuk ATV ni, seorang RM48 untuk 20-25 minit. Tapi kalau korang nak naik dua orang satu ATV, tambah RM30 untuk penumpang tu. Jimat sikit lah dari ambil satu ATV kan.
Dekat bahagian ATV ni dipanggil Tadom Base, sebabnya ada aktviti sukan macam memanah, wall climbing yang dekat air tu dan acara berhalangan.
Seterusnya mestilah tempat mandi. Daripada jalan masuk lagi korang akan nampak kolam nak mandi tu konfirm tak sabar nak masuk air.
Sebelum nak terjun tu, konfirm lah kena daftar dan bayar dulu dik oi, hehe okay kena daftar dulu then baru boleh buat pembayaran dengan borang yang kita isi tu. Harga terkini:
Dewasa - Isnin - Jumaat : RM22
Dewasa - Hujung Minggu : RM25 (akan dapat diskaun 10% kalau like and share fb and ig dorang)
Lepas bayar korang akan diberi tag masuk dekat tangan. Then baru lah boleh terjun ikut suka korang.
Kalau nak sewa locker pun boleh, satu locker RM10 dan deposit RM10 jugak. Akan dikembalikan selepas pulang kunci waktu balik.
Kalau nak mandi, korang wajib ye pakai life jacket, sebab airnya dalam. Walaupun orang akan ramai kat situ dan ada juga life guard, tak menjamin yang korang akan selamat kalau lemas. Safety first!
Mandi lah korang sepuasnya sampai jam 6.30 petang ye sebab akan tutup untuk daypass. Mana yang nak stay situ boleh balik rumah penginapan masing-masing ye.
Next post saya akan cerita jenis penginapan dan makanan yang ada di sana ye.
Dengan sepupu
Rakit yang seratus kali terbalik
Kesimpulannya, seronok dan mungkin akan pergi lagi.. Rasailah pengalaman dan datanglah ke Tadom Hill Resort.
Website : https://tadomhillresorts.com/
No comments:
Post a Comment