Sunday, 30 October 2011

KARIPAP-KARIPAP CINTA , LOGIK KE?



erm, saya baru je tengok cerita karipap-karipap cinta malam semalam, bersengkang mata sampai pukul 3 pagi semata nak tengok cerita tue je, hehe, ape yang dapat saya simpulkan di sini mengenai cerita itu, adalah sebuah cerita yang ok.  tetapi perkara pokok mengenai entri ini dan tajuknye ialah, persoalan tentang

seorang gadis yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir


persoalannya, logik ke, gadis tersebut yang diberi name, Sarah Umairah, berpendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir, pulang ke Malaysia, tidak bertudung dengan lengkap, berpakaian ketat, berlengan pendek, bersalaman dengan lelaki bukan muhrim, logik atau tidak pada pandangan anda?

pada saya, memang tak logik dan tidak masuk akal sekalipun. setahu saya, pelajar lepasan Universiti tersebut sangat menjaga hukum menutup aurat dan sangat menjaga perlakuan mereka, tetapi apa yang dipertontonkan, adalah tidak sama sekali dengan budaya sebagai pelajar lepasan Universiti terkemuka di dunia.

saya juga ada kawan yang belajar di sana, dan apabila dibandingka, ternyata jauh berbeza.
apa yang hendak saya sampaikan di sini adalah, pengarah sepatutnya, mengkaji dahulu watak dan pelakon yang menjayakan watak tersebut perlu peka dengan hal ini.  mungkin ianya sekadar lakonan, tetapi dari lakonan lah boleh memberi contoh kepada orang yang menonton nye kan? tepuk dada tanya selera.



sekian,

xoxo,
NajwaLatif



No comments:

Post a Comment