Monday 21 September 2015

Hari Pertama Latihan Industri di SWCorp






Bismillah.

okay kali ni nak cerita pasal hari pertama sebagai pelajar latihan industri di SWCorp Malaysia.  




Nervous punya pasal sampai tak boleh tido ahad malam isnin tu sebab esoknya dah start praktikal selama 4 bulan dekat SWCorp Malaysia, HQ dekat jalan pantai bharu.  Rasanya semua orang pun akan nervous untuk first day intern kan??  Sama lah macam kawan-kawan kelas, riuh betul malam tu borak itu ini, borang tak boleh download lagi lah, macam-macam.  Aku tak bukak pun group whatsapp malam tu sebab malas nak baca. Haha

Paginya pukul6 dah bangun sebab nak keluar rumah awal takut sesak dekat depan angkasapuri tu, tempat yang memang biasa jammed.  En fazli adalah supervisor aku merupakan penolong pengarah bahagian sumber manusia, dia jugak lah yang approved application aku sepantas kilat.  Hehe

So, pukul 7.30 macam tu dah sampai tempat kerja, tunggu Hariz sebab dia cari parking motor tak jumpa. Haha lepas tu, bagi lesen dekat kaunter untuk dapat access card, sini semua pakai access card.  Naik office, receptionist pun tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu, tak de orang entertain pun.  Sedih.  Last-last Hariz tanya sorang staf yang lalu dekat situ, then dia kata En Fazli akan sampai kejap lagi. En Fazli suruh kami tunggu sampai dua jam kot sebab dia busy meeting dengan konsultan.  So tunggu lah sampai mengantuk.  Akhirnya, masuk bilik En. Fazli, die briefing apa semua then bagi work station masing-masing.

Second time briefing pasal department, tadi dia tak bagi lagi sebab tak bincang lagi dengan bos.  Alhamdulillah kami berdua dekat bahagian Sumber Manusia, which is my favorite department.  Hehe  aku under section latihan, Hariz pulak dapat perkhidmatan.  Lepas en fazli brief pasal section latihan, macam seronok je, tapi kita tengok lah nanti sampai akhir nanti apa jadi ye.

So far, tak ada kerja yang banyak, setakat buat draft sijil then present dekat en Fazli, ikut jaga exam menaip untuk pengesahan perkhidmatan, tu je lah. Tak banyak lagi kerja, tapi en Fazli ade mention hari tu pasal aku kena buat report kursus kpi hujung bulan nanti. Huhuhu

Masa yang tak de kerja tu, aku duk buat lah draft thesis dengan portfolio sebab bosan sangat.  Ada tanya kak Liza nak buat kerja apa, dia cakap tak de lagi kan, so kite tunggu je lah.  Malam semalam ada cakap dengan mak, malas nya nak praktikal, staf semua macam akward gila tak ramah sangat first day tu.  Then mak cakap, baru sehari, orang lain yang kerja bertahun tu, boleh je tahan.  Hahaa then aku pun terfikir, penatnya nak kerja, kawin je lah. Hahaha

Second day was better sebab dah tahu a bit psl office ni kan, tak de lah menonong je jalan kan.  Well, I hope tomorrow will be better and the day after and after. 

Pada korang yang intern jugak tu, goodluck!  Take as much experiences as you can! 




No comments:

Post a Comment