Wednesday 20 November 2013

Tanda-tanda Lelaki Suka Dekat Perempuan





Bismillah.  Tiba-tiba hari ni rajin pulak nak berjiwang karat.  ahhaha dah baca kan tajuk??  hehehe

kadang-kadang kita tak perasan, dalam ramai-ramai kawan lelaki kita, ada yang menaruh hati dekat kita dalam diam.  dan lelaki ni kadang-kadang ada menunjukkan tanda-tanda bahawa dorang ni suka atau tertarik dekat seseorang perempuan tu.

tapi jangan percaya sangat tanda-tanda ni,  kadang-kadang kita sendiri tak dapat nak teka hati kita, apatah lagi kita nak teka hati orang lain kan.  well, ni cuma secara random je.

antara tanda-tanda lelaki suka seorang wanita :

1. Perangai dia berubah bila bersama dengan korang.   Bila keluar dengan korang sama ada berdua atau ramai-ramai, perangai dia yang dulunya mat rempit rambut punk terus bertukar kepada seorang lelaki gentleman.  lelaki ni tak kan dia nak nampak selekeh depan orang yang ni minat kan?  dari situ korang boleh tengok bila dia dengan kawan dia dan bila dia dengan korang.  tapi bukan bermaksud laki ni hipokrit ye.

2. Dia marah gila-gila, tapi bila korang pujuk, mudah je dia hilang marah.   Lelaki memang sukakan perempuan cantik.  Dan comel.  Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan? Apa yang aku maksudkan di sini adalah kemampuan seorang perempuan. Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk je bila tengok. Dan ada certain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda.  Dengan kata lain, kalau lelaki tu marah gila-gila then anda ada satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia mungkin ada wink-wink dengan korang.

3. Bila lelaki luangkan masa dengan korang.   Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause dota semata-mata kerana korang? KORANG TAU TAK? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main DOTA online (Garena). Lelaki kalau dia gilakan dota, dia memang akan utamakan dota. Tapi once dia utamakan korang, maknanya dia utamakan korang dari game? It's a big deal  Dan biasanya, kalau lelaki tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang. Tak kira lah situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk korang.

4. Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada / buat.   Kadang-kadang lelaki romantik hanya akan tengok gelagat dia, cara dia bercakap dan sebagainya.  Kalau bergayut pula, laki lagi suka dengar dia bebel. Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia ketawa bila dia ketawa. Kelakar dan comel.  So, apa yang lelaki akan perasan? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap. Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa. Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat. Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat. Dan most of the time, lelaki akan perasan si gadis punya nada.

5. Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia.   Yes, dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan. Dan kalau boleh, lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek. So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia. Dan pada masa yang sama, lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki.

6. Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.   Lelaki mudah bosan. Iya. Kadang-kadang, dia rasa nak main game je memanjang. Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia. Tapi once dia habis main that game, dia akan mula tercari-cari awek dia. Then bila awek dia ignore, perh, lagi la si lelaki rasa nak cari. Yup, semakin perempuan lari, semakin kuat lah si lelaki kejar.

7. Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.  

seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan korang kalau dia buat benda-benda di atas.  Persoalannya, lama mana dia akan suka dekat korang?

p/s: kalau rajin, untuk berlaku adil malam nati aku upload tanda perempuan suka kat laki pulak.. hehehe



No comments:

Post a Comment