Wednesday, 23 November 2011

CERITA TENGOK BOLA KAMI !

Assalamualaikum..

erm, rasanya semua orang dah tahu yang pasukan bola sepak Malaysia / Harimau Muda telah menang dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea tahun nie..

saya nak cerita pasal kisah menonton bola sepak semalam.  hee

ok, kenalkan, saya, mya, alia, farisha dan shahir semangat nak pergi tengok perlawanan tue malam semalam kat bandar pusat jengka.  7.30 malam saya dah menapak kat bilik mya.  lepas tue, terus gerak dengan farisha dan tunggu alia dan shahir kat susur gajah.

lepas tue, kitaorang pun bergerak lah jalan kaki ke pintu depan sebab rasanya van tak da masuk dalam.  nak tahu? malam semalam, ramai gila pelajar yang nak keluar semalam.  tunggu dalam 5 minit, kami pun dapat van dan terus pergi ke kedai makan.  

malangnya, semua tempat dah penuh, dah rasa macam dekat stadium dah, dengan skrin besar kat setiap kedai (maklumlah nak tarik pelanggan lah kann) hee akhirnya, anda tahu kami duduk di mana? haha yang nie lawak sikit, kami duduk dekat bangku depan kedai runcit, ahahha sebabnya dah tak da tempat, semua penuh.. 

disebabkan kami duduk kat kedai runcit punya meja, so, memang tak dapat order makan lah kann, tapi yang lawaknya, mya, pergi keluar kan resit bank, dan alia keluarkan pen, dorang buat-buat nak order makan, padahal memang tak dapat order pun, kelakar je, dan kami pun masing-masing order lah.. haah macam dapat je, dah la mya yg amik order, saya tegur mya, " asal salin order gune full ejaan?" haha ye lah, selalu order kan gune singkatan je, nie mya pergi taram eja name penuh makanan yang kononnya dapat lah kann.. hahaa

akhirnya, ade jugak orang yang betul amik order kitaorang tue.. hehe dapat jugak makan akhirnya.

tapi saya lepak dengan dua group malam tue sebab kawan baik saya iaitu myraa, fina dan sarah pun ade, so terpaksa berjalan kehulu kehilir sebab tak nak sisihkan dua-dua.  saya kena jaga hati dua-dua pihak.. heee

bila time gol, perghh punya bising lah bandar tue, siap buat ombak bagai, dah macam stadium jengka je.. haha dah lama tak rasa meriah macam semalam..

ok, lah, Malaysia dah menang pun kann?  heee

xoxo
NajwaLatif

No comments:

Post a Comment