Tuesday, 7 February 2012

PATAH SERIBU


Pada suatu hari,

seorang gadis ternampak sesuatu yang tidak patut die tengok,

tapi rasa ingin tahu mengatasi segalanya.

sesuatu yang sungguh mematahkan hati seorang gadis kecil berkenaan.

kenap ya? apa yang dia nampak? kesian gadis itu.

sepatutnya gadis tersebut tidak patut tengok itu semua,

tetapi apakan daya, keinginan itu melebihi apa yang tidak diingininya.

lalu, terjadilah peristiwa itu.

terbongkar sudah hijab sang lelaki. 

hati sang gadis kesekian kalinya memujuk hati supaya tidak melihat, 

kerana si gadis tahu, dia pasti tidak akan suka pada apa yang akan dilihatnya.

patah sungguh hati gadis tersebut, tapi apakan daya, 

gadis tersebut hanya mampu menangis di dalam hati.

kepada sang arjuna tersebut, fahamilah hati gadis tersebut kerana bukan semuanya harus diluahkan dengan perkataan dan luaran.

kadang-kadang sang arjuna pujaan hati  tersebut harus tahu isi hati gadis itu tanpa perlu bertanya.

puas si gadis memujuk hatinya, akhirnya dengan rasa yang ada, berjaya jugak sekeping hati sekecil badan si gadis menempuh segalanya.

harapannya hanya satu, agar sang arjuna mengerti dan bertindak seperti apa yang telah disampaikan kepada sang arjuna tersebut

kerana si gadis tidak ingin hatinya PATAH SERIBU untuk kedua kalinya.


No comments:

Post a Comment