Diam diam berpandangan,
mata bertentang mata.
amboih2 kak kiah, karoke pulak ye? hahha
tidaklah. diam diam dah setahun berlalu. Berlalunya satu peristiwa yang akan aku ingat sampai akhir hayatku. cewahh. hah, nak tahu peristiwa ape?
semestinya peristiwa yang hampir meragut nyawaku serta rakan-rakanku itu.
Kemalangan kereta yang berlaku pada 18 April 2011 memang akan terpahat di jantungku. hahhha
apatah lagi parut kemalangan masih tersisa di tubuhku. haha sikit je pun.
tapi tetap ada TANDA PERINGATAN yang aku seorang budak nakal dahulu kala. hahha
ALHAMDULILLAH aku masih bernafas, bernyawa dan mampu menghirup udara di dunia ini.
TERIMA KASIH, BERSYUKUR ke atas MU YA ALLAH. Tuhan yang menetukan hidup mati hambanya.
aku telah mendapat pengajaran dan peringatan daripada ENGKAU sebelum aku tersasar jauh dari landasan yang telah Engkau tetapkan untukku.
aku enggan bercerita lebih lanjut tentang perkara ini kerana sesungguhnya akan memberi kelainan kepada ku kelak.
aku kini hidup seperti biasa walaupun kadangkala terasa kesan nya pada bahu kiri.
tentunya aku kini lebih bahagia kerana berada di sisinya, insan yang paling aku sayang selain keluargaku iaitu ABDUL HAFIZ AMRAN.
cukup sekadar peringatan kepada kawan-kawan lain bahawa, kita hidup di dunia ini sebagai hamba Allah dan jangan pernah melakukan perkara yang tentunya akan membawa kepada kemurkaan YANG ESA.
sekian, terima kasih
xoxo

No comments:
Post a Comment