Sunday, 26 August 2012

Berakhir Sudah Babak Itu...



"Ya Allah, andai dia jodohku, satukan lah hati kami.  Andai dia bukan jodohku, aku redha, jauhkan lah dia dari hatiku"

SYAWAL 2012, membawa seribu makna dalam hidupku, ku sangka kan, panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang, ohh ohh wah, nak nyanyi pulak budak kecik nie? haha lepuk kang.

 Dalam senda tawaku, tiada siapa tahu ape yang telah aku lalui, ape yang telah aku alami, apa yang telah aku kesali.  

Kali ini aku betul-betul pasrah kerna ini ujian dan dugaan yang datang kepadaku.  Menangis sehingga mata menjadi bengkak, apakah ertinya? ertinya, aku terlalu cinta dan sayang padamu wahai kekasih hati.  tapi aku mengerti, ini semua sudah tertulis.  tertulis sejak azali lagi.  

Mungkin aku orang yang bertuah kerana dipilih untuk melalui satu jalan yang sangat berliku, yang banyak menguji aku dan dia.  

Alhamdulillah, jodoh itu masih ada. Ia kembali pulih walau hati meruntun hiba.  Air mata seorang wanita amat berharga, bukan sengaja suka-suka tetapi air mata keikhlasan hati, kejujuran jiwa, tanda kasih dan sayang.
aku tidak menyangka bahawa engkau masih tidak berubah, melukai hati yang tulus mencintai sehingga akhir nyawa.  

Aku tahu dan aku sedar, Tuhan sedang menguji aku dan tidak pernah terdetik untuk menyalahkan Nya atas ujian ini. Aku akan kuat. yee, aku perlu kuat untuk pertahankan hubungan ini.  Selama ini aku telah menjadi seorang yang kuat dan aku akan kuat sehingga akhirnya.  

"Ya Allah, restuilah hubungan kami ini, satukanlah hati kami seadanya, panjangkanlah jodoh kami, perbaikilah hubungan ini, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar."

Saya ikhlas menerima awak seadanya dan saya harap awak ikhlas menerima saya seadanya. Saya mungkin tak boleh menjadi seperti dan dia dan tak ingin hendak menjadi dia hanya kerna ingin menarik perhatian awak.  Saya hanya menjadi diri saya.  Dan ada sebabnya kenapa Tuhan jadikan manusia itu ada kekurangan dan ada kelebihan.

BERSYUKURLAH SEADANYA KERNA ITU LEBIH UTAMA DARI SEGALANYA

No comments:

Post a Comment