Sunday, 6 January 2013

Girls Day Out :)





Kalau dah serumah dengan kaki jalan, memang berjalan je lah kerja nya.

Jumaat lepas, kami berjalan ke Kuantan. Plan nya nak ke Temerloh sahaja, tapi tukar plan saat akhir. Terus menuju laju ke Kuantan. Hehe

Dengan tak berapa ingat jalan, sampai Kuantan je terus ke East Coast Mall untuk tengok wayang. Dapat lah tengok cerita Parental Guidance yang memang best and enjoy je tengok dalam wayang tu.

Lepas tu sambung dengan karoke 2 jam dekat sebelah terminal kuantan.  Habis je karoke, terus ke Pantai Teluk Cempedak untuk ambil angin. Jalan-jalan beli barang. Akhir sebelum balik, kami singgah lah di mcd untuk makan lewat malam.

Mula-mula ingat nak lepak dengan boyfriend syarina, tapi disebabkan ade perkara lain, kami sahaja yang lepak.

Balik pun dalam pukul 2 pagi dan sampai di Jengka dalam 4 lebih sebab banyak betul singgahnya. hehe

Enjoy the pictures!











No comments:

Post a Comment