Thursday, 7 February 2013

Hanya Mampu Menatap Dengan Mata





Jauh berjalan luas permandangan.
Tapi bagi saya, jauh berjalan. Diam sahaja. hahha

Lately ni banyak berjalan. Tapi buah tangan apa pun tak da. Setiap kali berjalan ada je mata ni yang tertumpu pada sesuatu barang. Nak beli tapi kerana kesempitan wang, tinggal kan sahaja niat itu dengan harapan bila dah kaya, akan datang kembali dan berharap ia nya masih ada.

Masih adakah harapan nak jumpa benda yang sama dalam masa dua bulan akan datang? hahaha Bajet dua bulan kau dah kaya ke wawa? hahaha Nak mintak mak duit, terasa malu. Takkan nak pinjam orang lain pulak? 

Memang ada beberapa barang yang menjadi idamanku, tapi tak mengapa. Membazir amalan syaitan.  Sabar. Dan tunggu cuti semester, kerja. dah susah payah kerja baru boleh shopping. hehe

Lumrah seorang wanita, banyak dan senang untuk mencari barang mereka. Dari atas kepala sehingga ke tumit kaki. Memang mudah untuk mendapatkan barang mereka jika nak dibanding dengan lelaki.  Bersyukurlah menjadi seorang wanita.

Berbalik kisah barang yang tidak kesampaian tu. Nati kite cari awak ye. Tunggu kita kaya dulu. hee 


No comments:

Post a Comment