Sunday, 19 May 2013

Lagenda





Pasti semua sudah maklum bahawa berita persaraan lagenga bola sepak dunia DAVID BECKHAM kan?  oppps, maksud saya bagi yang mengikuti berita sukan bola sepak lah.

Yup, jangan pelik sebab saya peminat fanatik beliau. hehe sejak di bangku sekolah lagi.
Kalau nak tahu, dulu masa sekolah saya ni agak kasar sikit. Jap, bukan sikit tapi memang kasar. haha sebut je sukan ape?? mesti semua pernah saya ceburi sehinggalah sukan bola sepak.  Pernah masuk bola sepak sekolah taw. Jangan main2. hehe Dekat universiti pulak, setakat Futsal je.  Bola sepak dekat U macam telah diambil oleh oleh Fakulti Sains Sukan.  Al maklumlah, abang juga seorang yang aktif sukan, so mengikut jejak langkah abang dan abah lah..

Okay balik cerita pasal DB nie.  Minat punye pasal sampai sanggup tunggu dan bangun pagi nak tengok Piala Dunia di mana masa tu DB di masih menyertai England.  Siap beli jersi England lagi..

Well, kalau orang laki beranggapan orang perempuan yang minat DB ni mesti sebab dia handsome, yup. tak dinafikan dia memang handsome.  Melting tengok muka dia yang berkarisma tue.. hhee Jangan jeles ye Abdul Hafiz.  haha

Bukan setakat handsome dan berkarisma.  Tetapi bakat yang ada pada dia.  Rupa paras tu satu bonus je..  
lagi-lagi beristerikan perempuan macam Victoria yang semua orang tahu cantik cun melecun tip top gitu kan.
Dikurniakan pulak 4 orang cahaya mata yang amat sempurna sekali.  Untunglah hidup mereka..

Semestinya, persaraan beliau dari arena bola sepak merupakan satu kehilangan yang amat besar sekali buat arena bola sepak dunia.

Apa-apa pun, I wish you all the best in everything you do.

Sikit sebanyak lagu Lagenda dendangan Shiela Majid untuk DB 

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda











No comments:

Post a Comment