Bulan 2 yang lepas, Alhamdulillah. rezeki kami sekeluarga untuk menunaikan umrah pertama untuk kami.. Di kesempatan itu, aku bersyukur, dalam usia yang muda, aku diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk datang bertemu dengan-NYA..
Sepanjang berada di sana. banyak tempat yang kami lawati seperti Makan Nabi Muhammad, rumah para sahabat, Bukit Uhud, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Muzdalifah dan Mina, dan pelbagai lagi tempat menarik.. Tetapi kali ni saya nak bercerita mengenai Taman Syurga yang terletak di dalam Masjid Nabawi iaitu AR-RAUDHAH.
Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.
Sampai sahaja di kawasan berdekatan Raudhah tu, kami kena tunggu giliran sebab ramai sangat jemaah wanita yang ada di dalam tempat yang tidak begitu besar.. Apabila berada di kawasan Raudhah ini. jemaah digalakkan jangan putus untuk berselawat dan memohon doa sampai lah berada betul-betul di hadapan Raudhah. Setelah tiba giliran kami untuk masuk ke dalam, saya pun apalagi berebut lah dengan mak, kita diwajibkan untuk menunaikan solat dua rakaat semasa berada di dalam Raudhah dan berdoa kerana dikatakan, sesiapa yang berdoa di Raudhah, insya Allah doa nya akan dimakbulkan.
Keadaan begitu sempit sehinggakan saya terpaksa solat di bawah kaki orang lain dan begitu juga orang lain terpaksa solat di mana sahaja ada ruang kosong walaupun sedikit.. Bayangkan. ruang solat hanya untuk 50 orang dan orang yang berada di ruang berkenaan melebihi 100 orang. Begitu payahnya kerana semua orang seluruh dunia berpusu-pusu untuk solat dan berdoa di tempat mulia tersebut.
Saya pun tidak melepaskan peluang berselawat dan berdoa tidak putus sehingga tak peduli apa yang sedang terjadi ketika itu... Malah, ketika ingin keluar dari ruang tersebut, saya sempat menunaikan solat sunat 2 rakaat sekali lagi... Alhamdulillah sampai juga saya di Taman Syurga itu...
Kalaulah ada kesempatan, saya ingin sekali lagi pergi ke sana, dan bukan sekali lagi, malah berkali-kali lagi sepanjang hidup saya.. Mudah-mudahan ini bukan kunjungan kami yang terakhir ke Masjid Rasulullah SAW. Allahumma Ya Allah!
Antara gambar-gambar Raudhah.
No comments:
Post a Comment