
Hati aku
Bukan untuk dipermainkan
Bukan untuk digunakan
Tapi Untuk disayangi
Apatah lagi dihargai
Kerana ini hati aku,
Satu-satunya.
Aku lagi sanggup
Kalau kau tampar aku
Dengan sakitnya kebenaran
Dari kau bahagiakan aku
Dengan penipuan yg tk berpenghujung
Sakit,
Kau fikir mudah
Untuk hidup bersama rindu?
Rindu. Kerana rindu semata
Semua serba tak kena
Jadi, aku mohon
Biar rindu itu pergi
Sekeping hati aku ini
Biar aku tatap
Biar aku tatang
Biar aku dakap,
erat Biar tak jatuh,
luka lagi
Bila aku dah mula melangkah pergi
Kau jangan tarik aku kembali
Aku tak mahu wujudnya
Kau dalam dunia aku
Biar aku sendiri
Hadap semua.
Apa yang aku luah Lagu dari hati
Yang melodinya
Aku sendiri cipta
Tanpa aku sedar
Lagu dari hati
Itu ikhlas
Ada ketika
Aku rebah tersadai
Menghadap pentas dunia
Yang makin lama makin hebat lakon layarnya

No comments:
Post a Comment