Hari Kiamat
ehemm, hihi malam ni terajin pulak nak kemas almari tu kan. so, lepas maghrib tadi terus berkemas-kemas sorang-sorang buat bilik sepah, hahaha then time mengemas tu lah, pelbagai idea datang kan.. hihi nak terus tulis, kang terbengkalai sepah tu nak tido cam ne pulak kan? hihi so, habiskan kemas, tengok movie, dah free baru boleh menaip dengan lajunya. cewahhh. haha
keluarlah tajuk, Hari Kiamat ni. nak bagi insaf sikit.. hihi
Nabi saw, bersabda :
"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: " Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan ketiga di semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
berikut adalah sepuluh tanda besar sebelum tibanya hari kiamat yang disebut Rasulullah.
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hingga banyak orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah binatang besar yang keluar dari Bukit Shafa di Mekah yang akan mengatakan bahwa manusia tidak beriman lagi kepada Allah.
4. Matahari terbit dari tempat tenggelamnya Saat itu, Allah tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa Alaihissalam beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berkuasa pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan di bumi iaitu apabila mereka berhasil menghancurkan dinding yang dibuat daripada besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur
8. Gempa bumi di Barat
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
10. Api yang keluar dari Yaman.
Semoga kita semua sentiasa muhasabah diri untuk persediaan kita hari akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment