kisah kami sahabat selamanya. dah lama tak jumpa dengan dia sejak dia dismiss dari uitm. rindu. ya rindu assisstant programme director aku tu. dia jadi assisstant aku waktu kami buat program dekat uitm dengan penduduk Jengka dulu manakala aku jadi director untuk program dua hari tu. bukan mudah ye apabila ia melibatkan Uitm dan penduduk Jengka itu sendiri. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.
berbalik kisah dia, Ahmad Firdaus atau dikenali lebih rapat sebagai Dao. orangnya sangat baik, lucu dan malah sanggup buat apa sahaja untuk sahabat. bila teringat balik kenangan dengan dia, banyak sangat. kami jadi rapat bila masing-masing dipilih untuk mengetuai satu pasukan untuk buat satu program untuk Uitm. dia sebagai penolong, memang lah rapat, malah rumah pun dekat je. sebab tu, kalau ada kelas malam, balik kelas mesti tumpang dia walaupun dia naik motor je.. yang paling kelakar, tumpang dia, tapi sorang pakai helmet, sorang lagi tak. haha sebabnya helmet ada satu. so, redah jugaklah kan. yang dia ni pulak kalau bawak motor tak reti nak pakai break. main langgar je lah bonggol yang ada. syukur. aku punya kawan yang begitu.
lawak, dia pun memang lawak. dan tak sangka sekarang dah jadi supervisor dekat butik Zara taw.. tahniah, baru je naik pangkat tu. aku nampak sifat kepimpinan dia tu waktu buat program tu walaupun aku ketuanya.. tapi sayangnya, dia tak dapat habiskan pengajian.. tak kisahlah kan, mungkin rezeki kau kat tempat lain..
yang paling bagus tentang dia ni, dia sanggup redah hujan naik motor dia tu semata-mata nak ambik aku kat rumah lepas tu hantar pulak ke bandar sebab nak pergi rumah member nak siapkan invitation card untuk program tu. terkejut jugak tiba-tiba dah ada depan rumah, siap masuk sampai garaj lagi.. aku pun naik je lah dah orang sampai kan.. macam biasa, helmet satu je dan aku bagi die yang pakai sebab dia yang bawak kan. aku pulak pegang payung kat belakang.. haha kelakar kot, siap sempat singgah gerai buger tepi jalan sebab dia kata lapar..
sampai kan orang beger tu tergelak tengok kami naik motor berdua, helmet satu, yang belakang pegang payung. hahah feeling gitu kan.. lepas beli terus ke bandar pulak. malam pulak tu. nasib baik lah tak de roadblock ke ape. kalau tak rasanya memang kena tahan dah. hahaha dengan payung nak terbang sampai aku suh dia bawak slow sikit sebab takut payung tak dapat kawal.. akhirnya sampai jugak, dan kami pun basah sikit lah. tak de lah sampai kuyup. then dia pun balik.. nampak tak, dia sanggup redah hujan semata nak hantar aku pergi siapkan kerja..
aku rindu kau dao. aku rindu sangat..
ini je lah gambar yang ada sebagai kenangan dengan dia..
kau sahabat terbaik!
No comments:
Post a Comment