Friday, 20 September 2013

Lepaskan





Dia pernah buat salah dengan aku.  Bukan salah kecil, tapi melibatkan maruah diri, masa depan dan yang seangkatan dengannya.  Dan pagi tadi, aku terima mesej kata maaf dari dia.  Tulus dan ikhlas tutur katanya.  Aku tak tahu benar atau tidak, tapi aku pikir positif yang mungkin dia dah insaf.  

aku tahu.  aku tahu kenapa die kirimkan kata maaf itu.  pada saat dia buat salah pada aku dulu, dia baru sahaja masuk ke alam ibu mengandung, dan mungkin sekarang kandungan itu sudah sampai tahap yang dia seharusnya meminta maaf pada yang pernah dia buat salah untuk mengelakkan apa-apa terjadi pada kandungan saat kelahiran itu nanti.

aku dah maafkan.  dan aku dah lupakan segalanya walaupun perit untuk aku terima itu dulu.  apa yang telah engkau lakukan.  aku redha dan kini aku tak terikat lagi dengan peristiwa itu.  aku maafkan kau setulus hati aku.  sedangkan nabi pun maafkan umat, inikan pula aku yang tak tentu syurga atau neraka tempatku kelak.

cuma satu.  jangan pernah buat seperti itu lagi pada sesiapa pun.  aku dah selesaikan hal aku.  dan pada yang lain tu, pandai-pandai lah kau memujuk mereka kerna setahu aku ada yang masih berdendam dengan kau dan juga kandungan itu.  maaf andai aku terkasar bahasa.  nampak tak kat situ betapa hinanya perbuatan kau dulu, pada aku. dan pada semua orang sampai ada yang cukup ku katakan masih berdendam dengan kau.  

semua orang pun buat salah dan tak lari dari kesilapan.  belajar dan jangan aniaya orang lain seperti kau menraniaya masa depan dan maruah aku dulu.  apa yang aku terima, mungkin tak mampu orang lain terima.  orang lain mungkin tak mampu bangkit seperti aku sekarang, tak mampu untuk tersenyum lagi.  tapi aku kuat.  sebab aku tahu walau sejauh mana pun kita buat atau elak, Allah yang rancang semua ini.  aku dah lepaskan dengan ikhlas atas apa yang terjadi dulu.

pesanan aku.  jangan pernah aniaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri.  kalau nak, mintak cara elok.  kalau tak dapat, redha lah.  jangan pernah berdendam.  kalau dah dapat, pergilah sejauh nya, jangan pernah sakiti hati orang lain.  Ingat!! perkara buruk yang kita buat dekat orang lain, pasti akan dapat balik dekat kita.  Itu janji Allah pada hambanya.  kita sakitkan hati orang lain, suatu hari nanti, pasti anda akan terkena sesuatu yang lebih dahsyat.  minta maaf lah sebelum terlambat.  kita tak tahu ajal maut.  kita yang rancang, Allah yang tentukan.  

Aku maafkan kau kerana Allah.  semoga segala urusan dipermudahkan..  Semoga selamat semuanya.. Amin. 


    








No comments:

Post a Comment