Thursday, 26 September 2013

Tandas RM2





al-kisahnya isnin lepas pergi teman kakak ku cik umie tu pergi interview dekat KLCC, lepas interview kami decide nak pergi pulak jalan-jalan area klcc dan taman klcc tu.  sebelum pergi tu kami pun nak ke tandas, cari punya cari, jumpa lah tandas.  tapiiiiiiiiiii, kena bayar RM2.  aku pun bedal masuk je lah sebab nak ke tandas sangat kan.. 

well, siap ade kaunter tiket lagi taw, jangan main-main. haha aku je yang masuk, sebab akak aku tu malas nak bayar, so duduk luar je lah.

ape yang aku harap bila masuk tandas RM2 tu macam tandas vvip lah kan, masuk-masuk je tengok ada sorang akak ni tengah make up depan cermin, aku pun pandang je.  then masuk buat hal aku. hahaha
bukak tudung sebab tudung dah macam orang indon tak betul. hahaha so, betulkan lah tudung tue, dalam masa yang sama, perhati tandas tu..

dalam hati macam. "aku bayar RM2, macam ni je?" hahaha kan dah kena.  masuk tak sampai sepuluh minit pun.. 

well, nak kata vvip tu tak lah sangat, tapi okay lah.. kiranya, bersih, wangi dan sangat selesa lah..  dekat atas sinki tu penuh dengan tisu dan losyen-losyen taw.  nak guna. tapi bila terkenangkan kat dalam tandas tu macam ada guard je. haha 

adalah sorang makcik ni, tukang jaga pintu agaknya, kita nak lama-lama pun rasa macam sesuatu je.  tak sempat nak amik gambar tandas tu sebab makcik tu memang berdiri menghadap ke sinki, so, rasa macam ade je orang memerhati.  scary pun ada gak. hihi

lepas betulkan tudung tu, spray-spray sikit parfume playboy yang sangatlah daring baunya.. haha beli pun harga boleh tahan okay.. then teruslah keluar.

perasaan aku lepas masuk tandas RM2, adalah sangat errrrrrrr.. tak tahu nak gambarkan..  haha tapi yang penting, memang bersih, wangi dan selesa, cuma bab guard dalam tandas tu je tak selesa sikit. hihihi

tak sangka masuk tandas RM2 semata nak betulkan tudung.. pfftt.. 


siap dapat cenderahati lagi taw.  resit dan wet towel gitu..




No comments:

Post a Comment