Tuesday, 1 October 2013

Betul ke pegangan kita?



hah, hari ni nak membebel pasal kebenaran sikit.  hehe kebenaran tentang nama.  anda semua pasti pernah dengar, or baca or share pasal kebenaran nama ni kan?? tak pernah, teruskan membaca ye,

Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.

Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :

1. Balqis
2. Mazda
3. Najwa
4. Erisya/Erisha
5. Qistina/Kistina
6. Zaquan/Zakuan
7. Batrisya/Batrisha

pernah kan?  tak pernah? okay tak pe. tak dosa pun..  kat sini aku nak bagi penerangan sikit pasal kebenaran nama jin ni semua.  penyakit?  malang?  tuah? kalau korang percaya pada yang ustaz tu cakap, maknanya korang tak percaya pada Al-Quran dan Allah.  bukan nak cakap yang aku ni percaya sangat, tapi think logic, over hundreds ahli agam dan ustaz yang ada dekat Malaysia ni, kenapa beliau seorang je yang cakap pasal tu?  sebabnya, nama ni semua tak da kaitan dengan orang yang mempunyai nama tersebut.  tak ada sebut pun dalam Al-Quran atau pun mana-mana hadis.  so, penyakit dan malang tu semua, adakah semua ini berlaku kerana nama??  why must uollss pegang on that?  claim as a believer.. why don't trust Allah?

apabila benda itu tiada disebut di dalam al quran.. tiada dalam hadis mahupun ijma ulama.. maka tidak wajib kite berpegang pada nya..sebab?  edikuatiri boleh mendatangkan syak wasangka yang boleh menimbulkan perbalahan dan sial-menyial dalam masyarakat..  apatah lagi jika ianya hanya datang melalui pengalaman seorang individu sahaja seperti dalam kes nama ni..  tak wajib aku percaya dan kalaulah percaya.. dikuatiri akan jadi syirik sebab apabila kita berpegang guna nama.

bila aku refer pada seorang kenalan lama yang juga buat perubatan islam.. and katanya ini tidak sepatutnya terjadi sebab kita manusia berpegang pada surah dalam al quran,  katanya tiada seorang pun tahu perkara ghaib hanya Allah.. so masakan kite boleh tau benda yang ghaib?  sebab Allah dah terang-terang bagitahu dalam al quran tak kan ade seorang pun manusia tahu perkara ghaib...
adapun jin dan syaitan itu memang ade..  pokoknya kalau kite tidak mahu diganggu jin dan syaitan.. hendaklah kita persiapkan dengan amal ibadat.. nama tidak dapat membantu..

memang aku tak nafikan ade anak-anak yang disebut oleh ustaz tu ade yang sakit-sakit, hyper aktif, dan ada yang perangai tak elok.. tapi itu bukan satu pegangan..  sebab fikir jugak orang yang nama muhammad, hidayah, sulaiman, or even nama yang diletak dengan nama islam sendiri pun ade yang sakit jantung, sakit itu, hyper giler, dan sebagainya.  yang perlu kita tahu, semuanya datang dari Allah.  

so, jangan lah kita ambil sesuatu berita itu secara serius tanpa tahu pendapat orang yang lebih arif tentang itu.  dan jangan pulak kita sebarkan berita yang kita sendiri tak pasti kepada orang lain, takut orang lain pun akan terkeluar iman disebabkan perbuatan kita itu.  dapat. kaji dan selidik sedalamnya barulah kita sebarkan kepada orang lain kalau ianya membawa kebaikan untuk semua.  

aku harap, ade lah yang sedar akan sesuatu yang berkaitan dengan orang Islam dan pegangan kita.  Insya Allah, mencari redha Allah itu paling utama.

Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua. Cuma apa yang ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.

p/s: sumber maklumat google dan blogger lain. 

No comments:

Post a Comment