SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat Islam seluruh dunia.
sempena hari raya haji kali ini, aku buat keputusan untuk buat kek coklat.. wahh, percubaan pertama ni buat sendiri..
hehe so, lebih kurang pukul3 ke dapur lah kite.. hehe nak dijadikan cerita, kan ni percubaan pertama, tengok resepi pun dalam internet, so, bawaklah laptop kesayangan ke dapur sebab malas nak menulis dekat kertas. hihihi.
bermula lah percubaan membuat kek. dengan Bismillah , akhirnya, selepas berhumpas pulas di dapur, campur itu ini, panas kan yang itu. pukul telur sampai kembang, campur pulak bahan itu.. tunggu masa kukus selama satu jam. sementara nak tunggu tu, berdebar gak lah hati ni jadi ke tak, jadi ke tak, air dalam periuk kukus tu cukup tak untuk sejam?, ye lah, buatnya jadi kering dan aku pulak tak perasan, mahu meletop.. eh? boleh meletop ke? hahaha tak kisahlah, tapi itu yang aku pikir masa tu.. janganlah dapur mak meletop. hahaha
alhamdulillah sampai sejam tunggu akhirnya, jadi jugak..
untuk setengah jam terakhir tu, aku buat lah topping kek tu guna double boiler.. coklat dia, perghhh sedap wa cakap lu.. hehe siap ade lebih lagi... kalau dah potong kek tu, nak topping lagi pun boleh... hehe
abang dengan adik aku ni, memang hantu kek coklat, so, lepas letak topping melimpah dekat kek tu, potong bagi dorang rasa dulu, sebabnya, kalau dorang kata okay, maksudnya menjadi lah tu. kalau tak, alamatnyak kena belajar lagi.. hihihi
so far, abang kata okay. sedap.. adik pulak cekadak dia kata muak, sebab coklat banyak sangat.. yang die gi letak topping extra lagi kenapa, sebab tu coklat banyak sangat. tu yang jadi muak.. abang pulak siap tambah lagi sepotong.. alhamdulillah, jadi kek percubaan pertama ni.. abah pun siap tambah lagi.. mak kata okay lah pertama kali buat sendiri terkontang kanting dekat dapur... hehee
tapi apa yang penting ialah, KEPUASAN. kepuasan bila kita buat sesuatu dengan air tangan kita dan bagi orang rasa, memang satu pengalaman yang sungguh seronok. ye lah, buat penat-penat dan ianya menjadi.. bila tengok abang siap tambah, dan rasa sedap... seronok betul...
insya Allah, lepas ni boleh cuba buat kek lain pulak.. bab masakan pulak, so far, aku ni boleh lah masak untuk makan satu family, kira pandai lah jugak dari tak tahu nak masak apa-apa langsung kan.. tu yang cuba buat kek or benda lain pulak.. hehe
kalau korang nak resepi, mudah je. try je google resepi kek coklat moist. konfirm ada.. tak susah pun buat.. senang sangat. aku amik masa lbih kurang 45 minit je untuk sampai tahap kukus tu.. buat sorang tak perlukan pengalaman pun boleh jadi macam kek aku ni... hehe selamat mencuba!
topping sampai melimpah...
No comments:
Post a Comment