Pulau Tioman Part 1
hai hai hai semua...
hari ini nak cerita tentang percutian saya dan keluarga ke Pulau Tioman, Ahad, isnin dan selasa lepas.
sabtu tu sibuk dengan Hari Keluarga TNB , memang penat lah, semua game main. hadiah pun dapat banyak. hehe
so, ahad pagi tu, lepas subuh terus gerak sebab nya Feri pukul11 pagi. takut tak sempat sebab jauh. kami ikut lah Lekas highway lalu ikut Mersing pastu Rompin. Jeti nya di Tanjung Gemuk, Rompin. dalam pukul6.15 pagi rasa dah gerak dari rumah, gelap lagi masa tu, abah pulak bawak laju, sebab nak kejar masa. itu lah pertama kali nya naik kereta abah bawak laju. sampai saya pun 2 3 kali jugak cakap abah suruh perlahan sikit, sebab jalannya bengkang bengkok, memang bahaya.
laju punya bawak, alhamdulillah sampai jugak dekat Tg. Gemuk dalam pukul10 pagi. ada lagi sejam nak tunggu. kami tunggu agen kami datang untuk bagi boarding pass, then tunggu lah sampai pukul11 pagi. orang tak ramai, sebab bukan cuti sekolah, tapi satu feri muat lah dalam 50 orang semuanya. lebih kurang lah.
dekat dalam feri, kami duduk bahagian depan. hehe duduk sekali dengan rombongan Politeknik Hulu Langat yang semuanya lelaki bermacam ragam. hehe seronok!
perjalanan dari jeti Tg. Gemuk nak ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. lamanya... sapa yang agak tak boleh tahan tu sila lah makan ubat pening atau muntah sebelum naik feri ye. sebabnya, kitaorang tak tahu yang bahagian depan merupakan bahagian paling takut. hehe bila feri tu menghempas ombak, perghhhhh memang takut gila. naik flight pun tak rasa macam tu. mak dah istighfar kuat-kuat. yang saya ni tahan nak muntah. haha kepala dah pening bila setengah jam pertama. tu lah, nak duduk depan lagi. rasakan lah.
tapi jangan risau. waktu atas feri tu, guard kat situ memang bagi siap-siap sorang satu plastik untuk buang muntah korang tu. haha alhamdulillah lepas sejam setengah tu, sampai lah dekat jeti pulau tioman. lega sangat. tapi kepala memang peninglah.
arhhh, malas nya nak tulis lagi. hahaha korang tengok gambar je boleh?
No comments:
Post a Comment