
Sebelum nie mesti korang selalu dengar istilah-istilah macam skandal dan teman tapi mesra. Skandal mungkin berbeza dengan cinta platonik, namun teman tapi mesra mungkin boleh memberi idea tentang apa sebenarnya cinta platonik.
Secara spesifik, cinta platonik adalah sebuah perkaitan kasih sayang, namun tanpa wujudnya rasa cinta dan tarikan seksual bagi pasangan lelaki dan perempuan. Plato, dalam karyanya ‘Symposium’ telah menulis bahawa “cinta yang wujud daripada kebaikan adalah dasar bagi semua kebajikan dan kebenaran.”
Pernah tak korang suka sangat bersahabat dengan seorang pasangan berlawanan jantina nie, korang berkongsi idea, suka duka, masalah dan mungkin perasaan masing-masing, namun tidak pernah terfikir untuk melafazkan kata cinta terhadapnya, apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang melampaui batas. Korang cuma suka dan gembira bila dia ada bersama. Kalau ya, itu maknanya korang sedang terjerat dengan cinta platonik. hah? dah paham kan? hihihi
Walaupun korang cuma mahu bersahabat dengannya, tapi bila ada laki atau perempuan lain yang cuba nak mendekatinya, korang akan rasa cemburu. Bagi korang , dia mestilah rapat dengan korang seorang sahaja. Mengapa begitu?
Antara sebab-sebab terjadinya cinta platonik:
1. Sifat ego masing-masing yang menghalang diri daripada berterus-terang tentnag perasaan.
2. Korang tak yakin hubungan itu berkekalan dalam tempoh panjang.
3. Belum bersedia.
4. Paranoid jika bila berterus-terang, hubungan akan retak dan jadi kekok akibat penolakan daripada si dia.
5. Soal cinta memang tidak pernah wujud. Mungkin dalam masa sama korang minat kepada orang lain tapi lebih selesa bila bersamanya.
Kawan aku pun ada terlibat dengan cinta platonik ni. Tapi aku rasa aku pun pernah terlibat. Sebabnya, aku kan ramai kawan lelaki. hehe so, dalam ramai-ramai tu mesti ada yang rapat dengan kita kan? so, bila aku selalu je dengan dia, then bila ada perempuan lain even kawan sendiri pun cuba rapat, aku akan jadi cemburu tak tentu pasal, sedangkan aku tahu kami hanya kawan. hurmmm, lumrah kan.
so, dah tahu dan paham situasinya?? adakah anda juga terlibat dengan Cinta Platonik ni? tepuk dada, tanya selera. btw, kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok cerita HACKS, cerita tu berkisarkan tentang Cinta Platonik ni. Selamat menonton..
p/s: sumber maklumat : google..

No comments:
Post a Comment