Wednesday 20 November 2013

Haluan Masing-Masing





Bismillah.  

Bila sorang-sorang dah balik ke kehidupan belajar masing-masing, tinggal lah aku sorang terkontang-kanting dekat rumah.  hehe  Malam semalam hantar adik kat Pandan Villa.  Rumah sewa dia.  Baru pindah situ.  Sem lepas dia duduk Pandan Mewah, kemain taw, budak kolej je pun, tapi rumah sewa bukan main tip top lagi.  tengok nama rumah sewa pun dah tahu macam mana rupanya rumah tu.  tapi Pandan Villa ni memang lagi perghhhhh dari Pandan Mewah lah kan.  Masuk rumah dia semalam pun terkebil-kebil tengok betapa luasnya rumah tu.  dah siap renovate bagai memang cantik, baik lah owner tu bagi aku sewa dari bagi budak laki sewa, nanti habis sume rosak. hahaha fully renovate okay.. 

Tapi lupa pulak nak snap gambar rumah tu.  tiap minggu aku lah kena hantar dia balik rumah sewa.  Motor ada, tpi dia tinggal sana, sebab motor tu guna untuk ke kolej je.  Kalau dia balik rumah, memang aku lah kena hantar balik.  

Abang pulak minggu lepas dah masuk balik kolej.  yang tu nasib baik ada kereta sendiri.  hehe  Tapi dorang ni tiap minggu balik, sebab rumah dekat kan.  yang abang hari jumaat memang tak de kelas, tapi sekarang dia sibuk buat bisnes part time.  hehe insya Allah kalau dia rajin, tahun depan dapat lah dia kuar kereta jenama Honda yang dia nak sangat tu.  Kalau ada rezeki lah.

bertambah lah kereta kat rumah ni nanti.  bulan lepas abah baru je beli kereta untuk aku.  senang sikit nak berjalan.  ehhehe kalau nak pakai kereta abah tu, besar sikit untuk aku yang kecik ni.  so, abah beli kan kereta kecik sesuai untuk aku.  hehehe alhamdulillah.  thanks abah n mak sponsor kereta.

tengah pilih baju untuk majlis ahad ni, tiba-tiba terbukak pulak baju yang orang bagi.  seseorang yang dulunya yang terpenting dalam hidup.  sepatutnya pakai masa raya sebab katanya nak sedondon, tapi hajat tak kesampaian pulak.  baju tu pun aku tak pakai pun masa raya and tak pernah pakai pun.  hehe beli nya masa puasa, ye lah, orang yang bagi kan.  sayang pulak nak pakai.  tapi, untuk majlis ahad ni, rasanya boleh kot pakai.  kalau rasa nak pakai lah.  baju lain ada, tapi baju tu kalau tak pakai sayang pulak.  orang dah bagi, kena pakai lah kan.

bukan tak nak pakai, tapi rasa macam over sangat kalau pakai untuk raya.  haha padahal orang lain punya baju raya lagi over kot..  ehhehe  ingat hari tu nak pakai untuk photo shoot, tapi tak jadi, sebab kain tak alter lagi.  

teaser je.  

tengok lace dia pun dah lawa kan, kaler pun sedondon sangat.  pandai pilih.  size pun okay-okay je cuma kena alter kain je sebab panjang sikit.  al-maklumlah, aku ni kan petite.  so, apa pun kena potong sikit.  tapi baju tetap jadi kenangan.  nak pakai pun sayang sangat.  nati kalau aku pakai, aku rajin, aku hupload lah sini.  tak pun, kat instagram je.  

apa-apa pun, terima kasih bagi baju ni.  saya nak pakai, tapi sayang.  bukan murah nok.. hahahha



No comments:

Post a Comment