Wednesday 20 November 2013

Ketahuilah Lelaki Bila Perempuan Suka Dekat Kamu





Bismillah.

dah janji kan?? so kena tunaikanlah.. hehe  

Wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak mahukan sesuatu. Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang memulakan dahulu. Jaga adab timur katanya.

Lelaki pula, kadangkala malu untuk menyatakan rasa cintanya kepada sang wanita kerana takut jika wanita tersebut menolaknya. Akhirnya, kedua duanya tidak ke mana. Hanya memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan. 


Berikut adalah tanda bahawa perempuan itu ada minat dekat kamu wahai lelaki.  sekali lagi ditegaskan, jangan percaya sangat ye pembaca sekalian...

1. Sentiasa berada dalam radar.   Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ dalam kehidupan kamu.  Tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam Internet.  Sekiranya anda perasan gadis tersebut sering berada di tempat anda berada, besar kemungkinan ini bukan kebetulan.

2. Gerak badan.   Tutur bicara boleh menipu, gerak badan sentiasa jujur terhadapmu. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Ambillah langkah seterusnya dengan mengenali dia dengan lebih dekat lagi jika anda juga berminat dengan dia.

3. Sentiasa available untukmu.   Untuk kamu, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazim insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan kata, “Busylah malam ni” atau “Tak bolehlah, malam ni makan dengan kawanlah.” Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menunda pada satu tarikh yang jelas sebagai contoh “Malam ni makan dengan kawan. Malam esok boleh.” Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda. Signalnya adalah semudah itu.

4. Bertanya banyak soalan & wujud unsur cemburu.   Kalau hati sudah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu.  Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu.  Daripada perihal keluarga, kepada cerita tentang kerja, kemudian persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu.  Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh sense rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu!

5. Dia tidak lupa hari pentingmu.   Apabila tiba hari lahirmu, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu.  


Wanita jarang berterus-terang, jadi lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan.



No comments:

Post a Comment