Monday, 18 November 2013

Lemak Berleluasa





Bismillah.  kaki melangkah longlai ke almari.  dikuak pintu almari, dibelek-belek baju yang bersesuaian.  diambil, digosok, digantung, sedia untuk dipakai.

diambil pula tudung bawal plain sedondon dengan warna baju kurung moden tadi, digosok biar licin, terletak indah nanti di atas kepala.  

ditacap muka yang memang perlu ditacap, dioles foundation, kemudian bedak compact agar sembunyi segala cela.  eyeliner hitam melingkari mata atas.  cukup sekadar yang biasa.  dicalit gincu merah maybelline kegemaran,  tersenyum indah di pandangan.  

baju yang sudah digosok, diambil lalu disarung ke tubuh, rasa sungguh anggun.  tiba-tiba......

" hoiiiiiiii, apasal kain ni tak ley masuk?  ketat betul, mahu kalah rozita che wan kalau tengok aku pakai kain ni."  hahahahha

hah, tengahari tadi nak pergi kenduri kawin dekat taman sekitar rumah ni, pilih-pilih baju, bila pakai kain pulak tak muat oiiii.  apa dah jadi?  puas jugak lah bebel sorang-sorang.  bila dah dapat pin kat belakang, perghhh mengancam pulak aku tengok diri sendiri kemain ketat kain.. hahahhaha oppssss..

nasib baik baju kurung moden, baju dia labuh, tak lah nampak kain tu hah.

yang peliknya, sejak bila kain ketat,  kain yang mengecut ke atau................ lemak aku dah naik balik???

arghhhhhhhhh, dilema wanita betul lah kain ni.  balik kenduri, baru secara serius nak cari punca nya masalah kain tu tadi. hahaha baru ku tahu, sebenarnya, aku yang makin kembang..  jeng jeng jeng.......  inilah akibat makan tido makan tido selama dekat dua bulan duduk rumah..  hahahhaa good job wawa.  lepas ni boleh beli baju baru..  

well, dulu nak sangat gemok and berisi.  now dah kembang macam ni, bising pulak..  tak reti bersyukur lah dia ni kan...  from now on, nak kena kuruskan balik tempat yang kembang tu.  hahahha  aku ni mana boleh kembang sangat sebab nati jadi lain.  dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi ni, alahai, rendang tak berbuah ku nanti..  mihmih! 

start esok kena buat senaman kempiskan perut, dan sebagainya.  sebab nati segan pulak nak pakai baju.  dah lah hujung minggu ni ada majlis tunang pulak.  tak nak nak pakai baju tunang tersembul lemak kan?  tak maw tak maw....  hihihihi

so far, aku happy dengan hidup sekarang, sebab tu lemak tu pun happy dapat tumpang kat tubuh badan aku ni.  siap kau ye.  akan aku kembalikan kau ke tempat asal mu.. heehhe entah berapa lah berat aku sekarang ni kan? hihihi sapa tahu? tolong jawab.. 



No comments:

Post a Comment