Tuesday, 5 November 2013

Luahkan Saja






Kadang
Bila mahu bersuara, kelu.
Hati meronta seolah macam nak bilang satu dunia
Apa ada dalam hati
Kamu tahu, kalau boleh satu dunia aku mahu beritahu

Rasa apa aku
Kecewa tahap mana aku
Sedih macam mana aku
Marah maksima atau tidak
Aku nak jerit di cuping telinga kamu
Biar kamu faham

Bila aku kenal banyak hati
Aku belajar. semak balik buku aku yang dulu
Yang koyak, tercarik banyak.
Walau yang aku sudah tampal dengan gam
Tetap tak sama.
Ada garis. Bekas.

Tak sama kan.
Bekas tetap tak hilang.
Konflik tetap terindah.
Ujian tetap terhebat.
Allah tetap Maha Luarbiasa.

Jatuh.

Allah ajar aku itu.
Allah ajar cara bertaubat.
Allah, setia lah dengan Aku. 

No comments:

Post a Comment