Wednesday, 6 November 2013

Tak Kan Pernah Habis






cerita ini.  tak kan pernah habis.  aku tak tahu mengapa dan kenapa.  cerita aku, kau dan dia.

aku diam seribu bahasa.  tapi kau muncul juga.
aku senyap tanpa berita.  tapi kau masih ada.

kapan engkau akan pergi?  

bukan aku pinta untuk dia kembali.  tapi takdir.  takdir yang dia akan datang balik.

tapi aku tak tahu mengapa hati yang seorang yang dengki itu tak kan pernah puas.  tak kan pernah redha dengan sekarang ini.

dulu kau ada bila kami bersama.  sekarang kau juga masih ada bila kami tak lagi bersama.

apa kau mahu wahai manusia?  apa kau mahu dari aku?

call salah.  interaksi laman sosial salah.  semua yang aku buat seakan salah pada mata kau.  

sekali lagi apa kau mahu si busuk hati.  kau mahu dia?  aku dah kembalikan.  malah aku kembalikan seluruhnya.  jiwa dan raganya dia.  apa lagi yang kurang?  apa lagi yang aku tertinggal??

cukuplah wahai si tamak.  kiri ada.  kanan jua ada.  jangan sampai kau terlepas kedua-duanya.

engkau pandai berbicara wahai manusia.  kau pandai bermadah sehingga orang lain mampu mempercayainya.

sedarkah engkau?  kau tu dah berikatan, kenapa kau layan orang lain melebihi layanan kau dengan ikatan kau?  dari situ dah nampak manusia jenis apakah engkau ini.  

aku kesian pada lelaki itu.  buta hati.  masih tak sedar dengan manusia jenis macam ni.  masih tak sedar permainan si busuk hati.

sudah lah.  aku dah penat layan karenah kau.  ambil lah dia.  ambil lah keluarga dia.  ambil lah segalanya. 

aku tak mahu berkaitan lagi.  

maaf andai aku terkasar bahasa.  maaf aku menyinggung hati.  ini bicara dalam hati.  agar kau mengerti.

sekian. 


No comments:

Post a Comment