Monday, 4 November 2013

Tentang Kehidupan





Payahnya ingin menukar tanggapan orang terhadap kita walaupun kita telah berubah.  atau mungkin dia yang tak kan pernah atau mahu menerima perubahan itu kerana dia hatinya sudah hitam?

 Dia tak mampu untuk menerima perubahan orang lain untuk kebaikan kerna dia pikir semua itu tidak perlu.  dia bahagia dengan hidup dalam kejahilan nya.

Manusia yang telah buta hati tak kan mampu untuk terima apa jua bentuk kebaikan, nasihat mahupun teguran.

Kita.  tak mampu nak halang jauh sekali menasihati orang yang tiada kaitan dengan kita, namun beranggapan negatif terhadap kita.  tetapi, caranya itu telah menjerat orang sekeliling untuk turut jahil bersama dia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

tidak semua bicara mengenai kau.  Tidak semua bicara mengenai dia. Tidak semua bicara mengenai aku. Tidak semua bicara mengenai kami.  Tidak semua bicara mengenai mereka.

Ini bicara kehidupan.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment