Typical Malaysian
Bismillah.
Only in Malaysia. Only Malaysian People.
bila bercakap pasal orang malaysia, ade je yang tak kena. itu tak kena, ini tak kena. orang Malaysia lah rasanya paling banyak ragam dalam dunia.
dan ada satu sikap orang Malaysia yang tak boleh nak elak lagi.
Hon. ye, tahu kereta tu memang ada siap hon. tapi tak payah lah setiap kali naik kereta, setiap kali tu nak hon orang lain. orang lambat jalan dekat lampu isyarat, nak hon jugak. orang potong kereta dia, nak hon jugak. apatah lagi kalau orang lain terang-terang buat salah, konfirm memang panjang kena hon.
ape salahnya, setakat kesalahan kecil, bertolak ansur sikit. jadi lah pemandu berhemah. sabar sikit tak boleh ke Malaysian people?
kalau nak jadi negara yang maju, kita kena ubah dulu sikap kita. tak kisah lah sikap sewaktu memandu ke, memancing ke, berenang ke, anything. kata proud to be malaysian, tapi perbuatan kita tak menunjukkan yang kita proud to be malaysian pun?? bila ada sesuatu yang membanggakan di persada dunia, baru lah nak proud bagai, tapi kita sendiri tak masih tak betul.
tepuk dada, tanya selera.
No comments:
Post a Comment