Monday, 23 December 2013

Juri Diri Sendiri







Orang tu, begitu.  Kita ni, bagaimana?

"Orang tu pakai baju luar negara.  Dia tak tahu, baju tu ada bulu babi. Haram."

Kita tak bangun subuh. Sama seperti berselimut dengan kulit babi.

"Orang tu minum arak. Gelinya, dia minum air kencing syaitan."

Kita bangun subuh, selepas azan subuh. Syaitan kencing dalam telinga kita.

"Orang tu makan kat restoran tak ada tanda halal. Eeee entah-entah daging tak sembelih."

Kita mengumpat. Umpama makan daging saudara yang busuk.

"Orang tu pembunuh. Bahaya!"

Kita fitnah orang. Dosanya lebih besar dari membunuh.

"Orang tu penzina tu. Tiap hujung minggu, kepit anak dara sapa entah."

Kita makan riba. Dosa riba paling ringan, adalah seperti berzina dengan mak sendiri.

"Orang tu tolak hudud. Dia kata hudud tak sesuai. Kafir tu!"
Kita tak mahu zakat. Kita tak mahu tutup aurat. Kita tak mahu solat. Kita tak mahu puasa, dan lain-lain lagi. Bukankah menolak satu hukum Quran, sama saja dosanya dengan menolak hudud?

Intai-intai dosa orang.  Tak refleksi dosa sendiri.  Cukuplah intai-intai silap orang. B erdiri depan cermin, dan perhati diri sendiri.



No comments:

Post a Comment