Friday, 13 December 2013

Review Filem #Kolumpo




Bismillah.  Semalam a day well spent with my adik-adik angkat.  hehe dah janji nak jumpa dekat mid.  so i drove my car to the mid, my second time i guess.  then termasuk pulak parking gardens.  hentam je lah.  then ade pulak ladies parking.  tak pe. pasal ladies parking, nati kite habaq lain na.  la ni , kami nak cita pasai filem #kolumpo. . . 


tiket pukul 2pm, kami check in dalam pukul 2.15, masuk-masuk duduk, then terus start.  hehe sonang.  tak payah tunggu iklan lama-lama.

filem ni memang terbaik!!  banyak pengajaran kita dapat dari satu filem dan tiga kisah di dalamnya.

kisah pertama tentang seorang warga india datang malaysia sebab ditawarkan pekerjaan dekat satu syarikat.  bila dah sampai, mulalah episod dia ditipu.  dari airport lagi dah kena tipu, sampai lah akhirnya cerita hidup dia.  rata-rata kawan dia dekat malaysia semuanya kena tipu macam dia.  passport dia diambil, dan dia diberi tempat tinggal, makan, pakai semua, tapi akhirnya ditangkap polis imigresen.  

masa tengok kisah orang india ni, aku mula terpikir, agaknya macam ni hidup orang luar macam bangladesh, myanmar, indonesia, vietnam yang datang malaysia untuk mencari duit.  kesian.  kesian sangat.  hampir nangis aku tengok cerita tentang kehidupan mereka tu.  so lepas ni, kita tak boleh nak hina atau kutuk dorang.  sighhh..

kisah kedua pulak pasal kehidupan muda remaja dekat kuala lumpur.  kisah ni pun, kira kisah benar apa yang terjadi dekat anak muda kat kuala lumpur ni.  mungkin ada sikit tokok tambah lah.  plot cerita yang tak terlalu berat tapi santai.  

kisah ketiga yang ditampilkan adalah berkenaan hidup masyarakat di kuala lumpur.  kisah bermula dengan kehidupan seorang ibu tunggal yang sibuk bekerja untuk menyara dua orang anak.  pagi pergi kerja, hantar anak ke sekolah, hantar anak ke rumah jagaan, petang balik amik anak.  dan macam tu lah rutin harian penduduk kuala lumpur yang sentiasa sibuk.  Gina, seorang adik kepada ibu muda tersebut diminta oleh kakaknya untuk menghantar seorang nenek pulang ke rumah nya.  dalam perjalanan menghantar, banyak cerita yang berlaku, tentang kehidupan masyarakat kuala lumpur.


kisah tentang, remaja yang suka menipu, melepak, semuanya lah, rasanya itu adalah kisah hidup rata-rata penduduk di kuala lumpur.  akhirnya, sampai di rumah nenek wok selepas mengharungi pelbagai rintangan.  rupanya Gina adalah mangsa ke-60 nek wok.  mangsa apa?  nek wok jahat ke?  nak tahu?  saksikan kesudahannya bila anda menoton nati ye.  

Jangan lupa saksikan filem ini.  saya dah?  anda?



No comments:

Post a Comment