
Bismillah. tiba-tiba rasa terpanggil pulak nak join. hehe okay meyh kite start.
nak kata lama tu, tak lah lama sangat. nak kata baru tu tak lah baru sangat. yang sedang-sedang saja. hehe rasanya aku start masuk dunia blogging ni tahun 2011. sebab terjebak? sebabnya, masa tu aku kat uitm, so bila dah duduk dengan kawan, yang kawan ni rajin pulak die update blog. akhirnya, aku pun teringin jugak lah nak buat blog. muncul lah blog ni.
masa kali pertama buat dulu. seronok edit sana edit sini, dah jadi macam blog yang meriah sangat penuh warna warni. segala apps semua nak letak, well, first time kan. lama-lama, seiring dengan usia aku, penulisan, segala lah yang ada dalam blog ni pun berubah. alhamdulillah, makin matang walaupun tak menyeluruh.
aku suka menulis, dulu tulis diari, tapi sejak ada blog, semua tulis sini. hehe tapi aku tahu batas berblogging ni, bukan semua benda kita boleh tulis, bukan semua benda kita boleh post, bukan semua benda kita boleh kupas dan sebagainya. apa yang aku rasa, apa yang aku buat, kira aktiviti harian dan yang seangkatan dengannya, semua aku cerita dekat sini. dari kisah hidup, kisah cinta, sahabat, dunia luar, semuanya lah.
okay tu je nak habaq kat hampa semua na.

No comments:
Post a Comment