
Paul Walker,40 tahun yang popular menerusi filem Fast & Furios telah terbabit di dalam sebuah kemalangan di Santa Clarita, Los Angeles. Ketika kejadian, Paul Walker sedang menaiki sebuah Porsche GT sebagai penumpang dan dalam perjalanan untuk aktiviti amal membantu mangsa taufan Filipina. Pemandu kereta tersebut hilang kawalan sekaligus sehingga terlanggar tiang/pokok mengakibatkan kereta tersebut terbakar.
Berita kematian ini telah pun disahkan menerusi Twitter rasmi pelakon tersebut. Sesungguhnya kematian Paul Walker adalah sangat mengejutkan dan merupakan satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi apabila penggambaran filem Fast & Furios 7 dikhabarkan masih belum tamat.
Menerusi laman Twitter rasmi milik Paul Walker, wakil daripada kumpulannya telah menulis beberapa patah perkataan untuk mengesahkan tentang berita kematian pelakon kacak itu.
Sebagai tambahan, pelakon kacak yang terkenal menerusi filem Fast And Furious telah meninggalkan seorang anak perempuan berusia 15 tahun bernama Meadow.
Kanan: Paul Walter meninggalkan seorang anak perempuan remaja

No comments:
Post a Comment