
Andai tiba-tiba putus asa itu hadir dalam diri ,
berhenti sejenak ..
Toleh ke belakang ,
Lihatlah betapa jauh perjalanan ,
yang kau telah susuri selama ini ..
Jalan berliku itu telah mampu kau susuri .
Bukankah itu kebanggaan buat dirimu ?
Teruskan berjalan, berhenti sejenak ,
menghela nafas dan berjalanlah semula ..
Kekuatan sebenar adalah dari semangat ,
yang tidak pernah mahu mengalah ..
Jangan bimbang ,
Destinasi impian ,
ada di hadapan ..

No comments:
Post a Comment