Friday, 24 January 2014

Masih banyak yang kurang






Bismillah.

jika benar apa yang sedang diperkatakan sekarang ini.  jika benar apa yang dihebohkan sekarang ini.  Ya Allah, aku mohon masa untuk aku sempat bertaubat kepada Engkau.  Aku mohon taubatku diterima.  Aku mohon jauhkan api neraka Mu dari aku serta keluargaku. 

solat aku masih rapuh.
pahala aku masih kurang.
amal aku masih banyak yang tertinggal.
iman aku masih nipis.
hati aku masih banyak sisa kotoran.

sesungguhnya tiada yang sempurna selain Engkau.

kalau anda semua peka dengan apa yang berlaku di sekeliling, pasti anda tahu apa yang sedang berlaku.  katanya, di vietnam mula ada salji.  al-qur'an muka suratnya sudah makin hilang.  Ya Allah, jika benar ini petanda dari Mu tentang hari kiamat, sediakanlah kami dengan amalan yang akan kami bawa untuk berjumpa Engkau kelak.




jika tidak benar pun, aku harap kita tak akan terlewat untuk bertaubat.  taubat bukan sahaja bila nak tiba hari kiamat.  tapi bila kita sudah lakukan banyak dosa dan ingin mendapat keredhaan-Nya.

bertaubatlah selagi masih ada masa.  
turutilah segala suruhan Yang Maha Esa.  
sebab kita tak tahu bila akan tibanya masa.  
untuk kita mati dan hidup semula.  
saat itu kita tahu syurga atau neraka.
untuk kita hamba Dia. 

No comments:

Post a Comment