Tamatlah Riwayat.
Bismillah. Semalam, Jumaat, tamatlah sudah perkhidmatan aku di Padini Concept Store, Ioi Mall selama lebih kurang 4 bulan bekerja. sayu. sedih. sebak. semua bercampur baur. Tapi apakan daya, menara gading harus ku pilih. harus ku kejar.
Alhamdulillah, berkat doa semua orang, aku dapat sambung degree. Syukur sangat. tak putus aku berdoa. akhirnya doa dimakbulkan. aku pernah putus asa. tapi bila fikir ia hanya satu ujian, semangat kembali kuat. azam ingin buat yang terbaik untuk degree kali ini. hopefully.
tadi last datang tempat kerja. semalam lagi dah nangis-nangis. ada yang bagi hadiah, ada yang belanja makan. ada yang tak sempat bagi apa-apa sebab aku rushing sangat. ye lah, result keluar hari rabu. hari khamis pulak cuti. Jumaat dah last. Tak sempat nak bagi tahu semua orang pun. hihihi
anyway, Padini's Families are the best team work!! especially Vincci Ladies sebab aku kerja bahagian vincci. huhu Terima kasih semua. Terima kasih untuk segalanya.
Doakan kejayaan aku dekat tempat yang baru nanti.
No comments:
Post a Comment