Sunday, 13 April 2014

Yay To Mid Term






Bismillah.  Alhamdulillah.  Semalam, sabtu, 12/4 start lah cuti mid term selama seminggu.  yang aku rasa semua budak degree uitm sedang tunggu kan?  haha dah nama pun student kan, cuti lah yang ditunggu nya. 

Jumaat tu balik naik bas dari Melaka Sentral terus ke Tesco Puchong, dekat kan dengan rumah iolss? haha untung dapat naik bas yang berhenti dekat dengan rumah.  5-10 minit je dari rumah.

kiteorang satu rumah, naik bas masing-masing, tapi keluar sama-sama.  aku naik bas dengan farah.  Pika dengan Pija naik bas lain sebab dorang nak ke tempat masing-masing.  Pija nak ke Batu Pahat, Pika pulak ke Temerloh.  Aku ngn Farah je ke KL.  so arah masing-masing berlainan.  

kitaorang ni macam dah terlalu rapat.  sampai kan pergi mana-mana pun mesti dengan budak rumah.  budak kelas kawan dalam kelas je.  ahhaha macam kejam pulak kan?  bukan apa, budak kelas macam dah ade puak sendiri, tinggal aku dengan pija je berdua kemana-mana. insya Allah, sampai akhir sem nak duduk serumah.  

so far, semua okay. makanan pulak ade yang murah dan ade yang mahal.  kalau nasi tengahari tu memang murah.  tapi kalau malam, mahal sikit.

hari tu lepas habis test dan kuiz sebelum balik kl, hari khamis malam tu, saja jalan ke Jonker Walk, tapi tutup lah pulak.  bukak only weekend, jumaat, sabtu dan ahad je.  

last-last makan kat area kg. morten je.  nasib baik sedap.  hehee

so, kite jumpa balik kawan-kawan kita minggu depan ye. sebelum tu, gambar kat bawah ni semua effect 360 taw.  jangan terkejut tengok aku terlebih putih pulak.  ahaks.  hihi  



ni roomate kita, Pika

ni budak blik sebelah, farah



ni budak bilik depan, pija






No comments:

Post a Comment