Syawal 2014
Bismillah.
Alhamdulillah lepas sebulan berpuasa, dapat meraikan syawal dengan sempurna.
Alhamdulillah jugak masih berkesempatan untuk meraikan syawal. Syukur.
Tahun ni raya dekat sabak bernam, selangor. Lama tak balik and overnight dekat sini sejak arwah atok dah tak de dan sejak pak ngah dah renovate rumah tu tinggal sana sekali dengan keluarga dia.
Sebab nya segan jugak nak stay lama-lama sebab pakngah satu keluarga dah tinggal situ kan. tapi act, tak perlu pun nak segan sebab tu memang rumah atok. tak nak biarkan kosong, tu yang pak ngah pindah dari kl ke sabak. lagi pun pak ngah dah pencen, nak tinggal dekat kampung katanya lepas pencen.
So, balik sabak dan stay dua hari dengan sepupu sepapat mak bapak saudara adik beradik belah ayah. meriah tak terkata. sampai nak roboh rasanya rumah atok.
well, bayangkan, adik beradik ayah 12 orang. cucu je dah 50 orang. cicit tak kira pulak. menantu cucu lagi. kalau dah semua balik, mahu tak roboh rumah? hehe tapi raya kali ni tak semua lah balik. dua family je tak balik sebab raya rumah mertua katanya. and mostly yang ada sekarang cicit atok je, also know as my anak saudara. cucu atok macam aku dah besar-besar semua nya. so, behave like mak ngah ye wawa. jangan nak feeling muda sangat. haha
raya pertama beraya jiran-jiran terdekat, opah saudara, nenek saudara area sabak je. maaf lah, orang berbahasa jawa, aku nganga mulut je tengok. nak paham lagi lah tak reti. last-last tanya abah maksudnya. nak belajar bahasa jawa macam susah je. haha yang aku tahu 'kabar, waras' je.
gambar? tak yah lah kot. tahun ni rasa macam tak nak bergambar. aku pun tak tahu kenapa. setakat gambar dengan family je. kalau selfie-selfie tu memang tak de lah kot.
oh yeah, one thing yang special tahun ni adalahhhhhh.... hihi aku dapat rasa 'sambal taun' orang jawa. perghhhhhhh sedap gilaaa. lagi-lagi jiran depan rumah buat pedasss gila. setengah kilo cili api.. mahu tak berpeluh tengah makan tu kan.. pedas, pedas jugak. tambah tetap. hehe pedas dan sedap.. sambal taun ni dia ade kerang, dengan bahan lain. haha aku tahu kerang je. sebab kerang yang aku makan. yang lain tolak tepi sebab tak tahu apa. tapi serius lahh. memang sedap habis. kalau lah ade yang buatkan sambal tu, tiap hari aku makan pun tak pe. tapi nak kena balik kg lah baru dapat.
beraya dekat sabak, mostly rumah mesti sediakan pecal. itu yang istimewa orang jawa ni. fuhhh, nasib baik tak makan pecal. haha sambal taun tu pun first try tau. okay dah tak larat nak cerita semua benda. ahhaha jumpa lagi nanti. adios.
Selamat Hari Raya ,
Maaf zahir dan batin.
kosong-kosong.
No comments:
Post a Comment