Sunday, 9 November 2014

6. Apa yang anda makan hari ni






Bismillah.

6.  apa yang anda makan hari ini?

apa yang aku makan hari ini?  well, dah bangun seawal 5.45 pagi tadi sebab nak pergi aktiviti charity 'Walk of a life' dekat bandar hilir.  yang tu nanti cerita okay. memang best join.  tak rugi bangun pagi-pagi.

so, hari ni makanan pertama adalah twiggies.  > choco malt > nugget > samosa kentang > nasi lemak > beger ayam. . tettt baru sampai tenghari begitu banyak makan.  belum masuk malam lagi.  alahaii wawa, mana lah berat tak naik kalau makan banyak macam ni.

so setakat ni itu lah yang aku makan.


***

7.  sejauh manakah pendidikan itu penting bagi anda

pendidikan.  penting bagi semua orang.  tapi tahap kepentingan tu berbeza untu setiap orang.  tak semestinya kita belajar tinggi-tinggi dah tunjukkan yang kita ni terlalu pandai.  no.  its not.  memang betul, kita belajar tinggi-tinggi umpama kita ni pandai, tapi sejauh mana pandai itu?  dalam akademik mungkin ya, kau boleh dapat segala ijazah doktor falsafah, doktor tertinggi dan segala macam, tapi pemikiran kau sama macam budak sekolah menengah, tak guna jugak kan,

apa yang penting, apa yang kita guna untuk ilmu yang kita ada tu.  aishhh malas pulak nak bebel panjang sebab dah mengantuk.  hahaa

so kesimpulannya, pendidikan itu penting dan terlalu penting untuk mengukur sejauh mana kepintaran otak anda menggunakan segala yang ada untuk terus maju dalam hidup.  cehh.  pendidikan jugak menjadi kayu pengukur kejayaan dalam dunia sekarang.  siapa yang ada pendidikan paling tinggi, dia yang paling dipandang.

apapun, gunalah ilmu yang ada di jalan yang betul.  kita sendiri sebagai orang Islam tahu kan, ilmu tu untuk dicari dan diguna kejalan yang benar.  so, kalau masih minat nak belajar, belajar lah setinggi mana pun korang mampu.  


No comments:

Post a Comment