Tuesday, 25 November 2014

Feel The Nature With Your Fear




Bismillah.

Hai kembali lagi saya. hihi

so, 'Zoomanji' pun dah melabuhkan tirai dengan jayanya pada hari ahad yang lepas, dua hari selepas dinner.  huhu  a bit tired but i had so much fun.  dengan bertemakan 'feel the nature with your fear' which is i buat sendiri that tagline (bangga kejap) , semuanya berjalan  seperti apa yang dirancang.  dan seperti biasa, event siaran langsung, probability untuk ada sedikit kelam kabut pasti ada.  sama jugak dengan event zoomanji ni.

bermula dengan pembahagian sarapan pagi kepada semua peserta dan penganjur di kolej tun mamat jam 7 pagi, terus bergerak ke zoo lepas makan.  peserta mendaftar pukul8 pagi dan terus masuk ke kumpulan yang telah ditetapkan bersama ketua kumpulan masing-masing.  mereka diminta untuk membuat 'cheers' kumpulan dan nama kumpulan haruslah berdasarkan nama haiwan yang ada di zoo tersebut.

majlis perasmian agak kelam kabut sedikit sebab ada minor perubahan last minit, but we managed to handle the situation.  situasi paling best bila kami para organizer buat gimik perasmian dengan menyanyikan lagu 'Flexor' yang digubah khas oleh penasihat projek kami, puan Farah.  rasa semangat dan berkobar-kobar tak sabar nak mulakan acara bila nyanyi ramai-ramai.

acara bermula dengan para peserta diberikan 8 hint yang berbeza untuk setiap kumpulan dan setiap kumpulan harus menamatkan keseluruhan 8 checkpoint yang berbeza sampai lah ke garisan penamat.

sesi penyampaian hadiah berjalan seperti dirancang cuma ada sedikit perubahan pada tempat penutup.  disebabkan acara habis awal dan tempat perasmian pertama tu dah digunakan untuk bird show, terpaksa kami ubah ke giraffe cafe untuk acara penutup.

overall, komen yang positif kami dapat dari semua peserta dan terima kasih kepada semua classmates yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.  










selesai je peserta semua naik bas dan pulang, kami organizer diberi peluang untuk naik trem keliling zoo. tapi tak semua lah ikut.  ada yang dah balik awal. so yang tinggal je lah yang dapat naik trem tu.  

it was fun. although it was tiring.  go go Flexor. 

No comments:

Post a Comment