Blue Lagoon, Pord Dickson
Bismillah..
ouh ye, lupa nak story, sabtu 29.12.14 hari tu kelas ada buat gathering dekat Blue Lagoon, Pord Dickson. ni adalah idea madam farah lah sebab duit event hari tu ada lebih kan. still kami dapat balik pulangan bayar untuk event hari tu. alhamdulillah. so ade lebih dari sponsor tu, duit dipulangkan balik dan madam nak buat sikit jamuan untuk kami satu kelas.
so jumaat lepas kelas jumaat tu, pergi lah tesco melaka beli barang untuk bbq. hantar barang dekat rumah aten sebab rumah die yang berupa rumah sikit. hahaha maksudnya, rumah dia yang ada dapur, peti ais, mesin basuh dan sebagainya lah kan. rumah kami kan apartment biasa je, so tak de lah kemudahan untuk memasak tu.
malam tu pulak bergotong royong memerap ayam, sediakan bahan untuk masak nasi goreng pagi esoknya, dan pagi esoknya aku dengan mina terkedek-kedek lah jalan kaki dari apartment pergi ke kg morten pukul6.30 pagi semata nak sediakan makanan.
pkul8.30 lepas semua dah ada, barang semua dah angkat naik van, bermulalah perjalanan dari melaka ke negeri sembilan. kami konvoi 4 kereta: 1 van yang aku naik dengan lagi 4 orang sebab aku incharge makanan, so kena jaga makanan lah kan, lagi 3 kereta pelajar lain.
6 orang budak kelas tak dapat join sebab ada hal masing-masing, so yang ada je lah. seronok jugak konvoi ramai-ramai masa tengah belajar ni, sebab dengan kawan-kawan kan.
sampai sana around 11 pagi terus set up tempat, bentang tikar, bakar arang untuk panggang ayam, buat air dan sebagainya. aku dengan mina je yang mandi dekat pantai, yang lain tak nak. hahaha ada yang kena perli sebab nak pergi bbq tepi pantai macam nak pergi shopping mall, kemain lagi. kesian dia. hehe
so, lepas settle makanan, apa lagi terjun pantai lah aku mina dengan budak laki yang lain. baru je jejak kaki tak sampai peha dah hujan. hahaha so naik balik atas darat. tunggu hujan stop, tapi tak lebat lah. renyai yang lebat. haha then masuk balik air, aishhh budak-budak ni kan, nak pergi tempat dalam tak tahu aku ni tak sampai. hahaha siap tarik-tarik lagi.
nasib ada ajib, so duduk dengan dia je tempat tak dalam. padahal die tu tinggi macam galah, 180cm, tapi sanggup teman aku sebab tak mampu nak pergi lebih jauh. amik gambar dekat laut, borak-borak, main selam-selam, then dah penat, naik balik darat sebab dah lapar. biase lah, kalau dah mandi laut or swimming pool memang akan lapar kan.
naik darat, makan. makan. dan makan lagi. dalam pukul2 dah pergi tukar baju mandi ready nak balik. huhu sampai melaka balik pukul 4, naik bas balik kl pukul6, sampai pukul 8 lebih. huhu tiket bola burn dekat kawan adik sebab lambat sampai.
anyway, i had so much fun during that day. bukan senang dapat kumpul ramai-ramai berseronok-seronok. thanks 4F.
its degree life dude, enjoy it as much as u can. adios.
No comments:
Post a Comment